Keropok Lekor Sedap di Kuala Lumpur


Keropok Lekor Sedap di KL 5

Keropok lekor Terengganu yang gebu, sos cilinya yang memukau, serius saya katakan ini antara tempat terbaik untuk menikmati keropok lekor sedap terengganu. So far di KL, tempat ini saya rasakan terbaik. Harganya pun berpatutan, 4 ketul RM1.

Keropok Lekor Sedap di KL 6

Anak-anak dan Eyriqazz memang gemarkan keropok lekor, last time pergi malam terus order RM5. Habis woo. Hehehe, action speak louder than word. Memang sedap, kena dengan citarasa kami.

Keropok Lekor Sedap di KL 7

Itu dia, salah seorang penggemar/hantu keropok lekor. Kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Keropok Lekor Sedap di KL 9

Kami bernasib baik, sampai around pukul 8, selepas goreng yang kami, terus habis stok keropok lekor untuk hari tu. Laris juga keropok lekor diorang ni. Hahaha, kalau dah sedap, surela laris kan?

Keropok Lekor Sedap di KL 3

Selain keropok lekor, makanan bergoreng pun ada jual di sini. Rasanya biasa-biasa je la.

Keropok Lekor Sedap di KL 4

Isteri order Nasi goreng ayam. Agak tawar sedikit. Rasanya in term of makanan goreng, restoran ni perlu mencari tukang masak baru rasanya or perbaiki mutu makanan. In term of keropok lekor, memang terbaik. Kalau singgah waktu pagi, saya suka pekena Nasi Lemak Ikan tongkol or Nasi Dagang Terengganu di sini.

Keropok Lekor Sedap di KL 2

Suasana di dalam kedai. Agak santai .

Keropok Lekor Sedap di KL 1

Restoran Ria Corner Keropok Lekor Terengganu. Berjalan kaki dari MyMydin Danau Kota di PV12. Memang saya rekomenkan kalau nak pekena keropok lekor terengganu. Memang terbaik

Updated November 2014 – Kedai ini sudah tidak beroperasi. Sudah ditutup..

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Keropok Lekor Sedap di Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.