Kenapa Suka Shopping di Nilai 3?

Kenapa ya ramai orang suka shopping di Nilai 3? Mak eyriqazz misalnya, everytime turun Putrajaya jumpa Adik, tak sah kalau tidak singgah di Nilai 3. kadang-kadang siap beli borong untuk dijual pula di kampung. Apa yang bestnya nilai 3 ni? Ada awek-awek Cun yang menjadi dambaan Abang Ensem ke? Hehehe…

 

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 1

 

Kat sini boleh dikatakan mostly foreigner yang berniaga. Bangladesh, India, etc. Pelbagai pilihan i.e. karpet2 yang cantik dengan harga yang berpatutan.

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 2

 

Carpet bang. Carpet. Tawar menawar perkara biasa di sini. Kalau pandai menawar, banyakla dapat dikurangkan harga.

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 3

Beg untuk anak-anak. Singgah last time, belikan beg untuk Azim, ALisya dan juga cousin . Memang murah. Jauh lebih murah jika dibandingkan di KL. Siap boleh diskaun lagi kalau beli banyak-banyak.

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 5

Papa, Alisya nak yang Pink ni boleh ? 2pcs RM40, kat kl boleh dapat? Boleh, cuma kena pandai la mencari kedainya kan?

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 8

Isteri pula rambang mata tengok handbag.

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 9

Tudung, telekung pun cantik-cantik. Harga pun memang murah-murah.

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 11

Alahai, singgah kedai karpet lagi? Huhuhuhu…

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 12

Singgah cari kain langsir. Cantik-cantik .Pelbagai tawaran harga. Rambang mata lagi. Nasib baik ada kerusi, ble la lepak-lepak sambil Isteri dan keluarga memilih.

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 14
Kain langsir , memang sesuai kalau untuk orang nak buat majlis kahwin etc. Pelbagai barangan kahwin boleh didapati di Nilai 3 ini.

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 15
Abang, Tikar Upin Ipin tak nak ke? Murah juga tikar upin ipin dan kartun2 di sini. Angkat juga. Hehehe

Shopping di Nilai 3 N Sembilan 17
Kat dalam pun banyak lagi. Harga tetap boleh tawar menawar. Nak datang sini, seeloknya datang time bukan cuti sekolah or public holiday. Nak tawar menawar pun mudah kerana pelanggan tidak seramai di hari2 cuti sekolah . Bijak menawar, jimat belanja kan?

Kalau nak shopping barang-barang murah online, saya syorkan shopping di Lazada Malaysia –> http://ho.lazada.com.my/SH1SLX

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Negeri Sembilan saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

 

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Kenapa Suka Shopping di Nilai 3?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.