Bloggers Percuma or Berbayar?

IMG_1919

Tertarik dengan entri Blogger Popular Malaysia, Ben Ashaari –> Asal blogger je , nak PERCUMA jer ! . Secara peribadi, eyriqazz sendiri sudah berkecimpung dalam dunia blog lebih kurang 5 tahun dan sudah menerima lebih dari 100 pelanggan untuk mengiklankan produk/servis melalui Eyriqazz.Com. Banyak ragam pengiklan antaranya yang pernah saya kongsikan :

1) Promosi Mahu Bayar Tak Mahu
2) Kisah “Cheapskate” Advertiser
3) Sila Gunakan Bloggers Secara Percuma

Konsepnya mudah saja, demand vs supply. More supply dari bloggers untuk memberikan entri percuma, mean more demand dari pengiklan/PR engage bloggers secara percuma. Tak salah terima secara percuma kalau konsepnya win-win. Tapi, kalau PR/Advertiser untung ribu-ribu/juta-juta namun yang bloggers hanya dapat hanyalah pengalaman dan kepenatan, adakah ianya berbaloi? Then, ada yang bising susah menjana pendapatan dengan blog.

Myself, 2013 saya reject almost 80% peluang pengiklanan yang mahu saya berikan secara percuma dan hanya menguntungkan sebelah pihak. Walaupun saya bloggers part time, saya sendiri taknak rosakkan industri blogging. Pengalaman peribadi, most advertiser banyak bajet cuma mempergunakan alasan ‘cost control, cost cutting,takde bajet” bagi menjerat bloggers memberikan perkhidmatan secara percuma. Alah, ramai boleh terima free, cari je la kan? Itula yang pernah saya dengar sendiri dari PR/Advertiser.

Tepuk dada, tanya selera. Sedangkan kos sara hidup pun semakin meningkat, tapi adakah kita masih mahu berada dan dipergunakan seperti tahun-tahun sebelum ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

49 thoughts on “Bloggers Percuma or Berbayar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.