Pengalaman Saya Bersama P1 Wimax

Tertarik dengan entri rakan blogger @ Sifu Denaihati yang bertajuk P1 Wimax Tak Boleh Harap Betul ke . Saya antara pengguna yang pernah menggunakan P1 beberapa tahun yang lepas, dan saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya sepanjang bersama P1 Wimax. Betulke Indah Khabar dari Rupa? Betulke P1 Wimax ini menyusahkan pengguna? Pengalaman saya mungkin berbeza dengan rakan-rakan yang lain . Bila baca entri Sifu bloggers, agak kurang berpuas hati juga dengan P1 Wimax yang saya rasakan agak memandang rendah pada kemampuan bloggers dan viral yang mampu kami lakukan.


Pengalaman 1  – Broadband di Malaysia – Pengalaman Saya 
* Subscribe 4 Desktop Modem dan juga Wiggy pada tahun 2011. Sempat try for 2 weeks. Cancel it. Kawasan rumah saya too congested dan ramai sangat pengguna P1 Wimax (Setapak, ramai student). Speed not up to my expectation dan seperti diinform, ianya bergantung kepada kawasan & bilangan pengguna di kawasan itu. Apapun, Customer Servicenya ketika itu memang bagus. Pantas memberikan jawapan dan explanation. Overall rating 4/10 .

Pengalaman 2 – MySelangorStory 2010 
* P1 Wimax adalah salah satu penaja rasmi untuk event MySelangorStory  2010. Kami bloggers diberikan P1 Wimax untuk updatekan entri/access internet sepanjang event ini berlangsung. The only place that I can get internet connection during that journey is Charlton Hotel Shah Alam dan PetalingStreet ( laju juga) dengan menggunakan Wiggy wifi. Tempat lain seperti Genting Highlands, Haji Dorani Homestay, Sunway, tidak dapat membuat ‘connection’ langsung. End result, entri hanya dapat dihasilkan selepas event habis berlangsung.


Pengalaman 3 – Event Bersama P1 Wimax @ P1 4G ONE Plan Media Launch
* Event tidak berbayar. Sepanjang event dan penerangan ketika ini, saya masih ragu-ragu dengan apa yang dijanjikan. Dengar “too much marketing word” tanpa bukti kukuh dan testimoni meyakinkan. Walaupun dengan kehadiran CEO P1 Wimax Michael Lai ketika ini, ianya masih gagal meyakinkan saya untuk mencuba P1 Wimax buat kali kedua.

Pengalaman 4 – Peluang Kolaborasi Bersama P1 Wimax
* Peluang berkolaborasi rasanya dari PR @ Ex Staff P1 Wimax bersama bloggers popular. TIme tu siap create fanpage rahsia dan dipanggil untuk hadir mendengar taklimat namun saya tidak dapat hadir, rakan-rakan bloggers ada yang hadir. Projek tersekat di tengah jalan tanpa diberikan makluman tentang status dan kenapa ianya dicancelkan. Maybe masalah bajet mungkin? .Fikirkan kami rakan bloggers boleh melakuan Community Servis Promosi secara percuma?
* Peluang kedua dijemput ke Fanpage/Group untuk projek-projek terbaru, contest, event etc bersama P1. Terus terang saya katakan kepada person in charge saya tidak berminat kerana saya masih kurang yakin dengan prestasi P1 dan tidak mahu mempromosikan produk yang saya sendiri kurang yakin kepada pembaca saya.

Baby Come Back

 

Pengalaman 5 – Baby, COme Back
* 2 kali menerima e-mail ini daripada P1 Wimax tahun ini. Maaf, terus terang saya katakan, saya masih kurang yakin dengan servis yang ditawarkan oleh P1. Banyak janji-janji tapi masih banyak yang belum ditepati.

P.s :
P1 : Potong, Potong, Awak SUdah Potong?
Eyriqazz : Haah, dah lama saya potong Internet P1 Wimax.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Pengalaman Saya Bersama P1 Wimax

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.