Muka Ganas, Baik Hati

photo

Pukul 11 malam di Pantai Cenang, Langkawi. Adik ipar datang kata kereta sewa kami tiada minyak tak boleh nak hidupkan. Silap kami kerana tidak pandai mengagak usage minyak untuk kereta Wira. RM20 isi untuk perjalanan pergi balik Kuah – Pantai Cenang untuk dua hari rupanya tidak mencukupi ditambah bacaan meter yang kurang stabil.

Mula cuak, tanyakan pekerja sekitar Pantai Cenang. Stesen minyak terdekat sudah tutup. Adushh, camne ni?

Tiba-tiba ditegur oleh seorang Mat Motor untuk membantu mencari minyak. Diminta kami hulurkan duit. Nampak muka macam ganas dan ada gaya samseng. Boleh percaya ke ni? Desperado, dihulurkan RM20. Rm10 untuk minyak, RM10 upah dia.

Jam 12 malam. Yang dinanti tidak kunjung tiba. Adussh, adakah kami sudah ditipu? Huhuhu,sudah jatuh ditimpa tangga?

Jam 12.15 malam, hampir putus asa. Tiba-tiba datang 2 orang lelaki memberikan minyak dan membantu masukkan minyak. Rakan kepada Mat motor tadi rupanya. Baik sungguh hati mereka membantu kami walaupun kami hanyalah pelancong yang berkunjung di Langkawi.

Fuhh, terlalu cepat saya menilai orang. Muka nampak ganas, hatinya baik. Ramai yang baik hati di Langkawi rupanya. Kadang-kadang, ada yang rupa hensem dan segak bergaya, namun penipu rupanya. Moral of the story, jangan terlalu mudah menilai seseorang daripada raut rupanya. Sudah banyak kali tersilap ‘first impression’ ini.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

9 thoughts on “Muka Ganas, Baik Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.