Mana Keropok Lekor Saya?

Semalam pergi mencuba Restoran baru di Wangsa Maju. First impression, nampak macam ramai orang plus menyediakan masakan ala-ala Pantai Timur. Lebih teruja nampak ada banner Pilihan Jalan Jalan Cari Makan Tv3 .

Restoran Patatimo JJCMTunggu Pelayan datang, 2-3 kali panggil tidak datang lagi. Siap sekali tu terpanggil Customer disangkakan Pelanggan. Kami order Nasi Dagang Kelantan, Nasi Kerabu dan Keropok Lekor Losong.

Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Kerabu sampai dalam lebih kurang 10 minit. Ok la. Makan la nasi dagang dan nasi kerabu. Almost makanan nak habis, panggil lagi pelayan. Mana keropok lekor kami? Pelayan angguk-anggukkan kepala. Okla, teruskan makan.

Makanan dah almost habis, panggil lagi pelayan, Mana keropok lekor kami? . Pelayan jeling-jelingkan saja. Okla, tengah goreng agaknya.

Dah habis makan, Isteri tanyakan pula, Mana keropok lekor kami? . Pelayan senyum-senyum kambing. Okla, tunggula dalam 10 minit lagi.

Tunggu punya tunggu, panggil lagi pelayan, Mana keropok lekor kami? Pelayan senyum2 lagi. Ummm, at least cakap la sepatah dua, tengah masak ke, dalam 10 minit ke, takdela ternanti-nanti.

Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai lagi. Mana keropok lekor kami? Malas nak menunggu terus ke kaunter bayaran dan buat bayaran. Kaunter bayaran langsung tak tanya, terus straight tanya “Makan Apa? “.

Ini kali ke 4 kot kecewa dengan restoran Pilihan Jalan Jalan Cari Makan Tv3. Buat Restoran Patatimo, Wangsa Maju, harap in future improvekan la bak-bak customer service ni. Customer yang ramai tidak akan sentiasa ramai kalau hal-hal camni tidak dijaga. Banyak dan restoran yang saya perhatikan lingkup/tutup kerana customer servis kurang memuaskan walaupun makanan memang sedap dan menyelerakan.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Mana Keropok Lekor Saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.