Harga Tiket Feri ke Langkawi

Percutian ke Pulau Langkawi minggu lepas, ibu/bapa mertua naik feri. Mak mertua gayat naik kapalterbang. Banyak bas yang menyediakan bas ekspress terus ke Kuala Perlis dan berjalan kaki dari stesen bas ke terminal feri. Harga tiket feri adalah seperti berikut :

Harga Tiket Feri ke Langkawi

Dari Kuala Perlis ke Langkawi or Langkawi ke Kuala Perlis harga tiket/tambang adalah RM18 untuk dewasa. Agak murah juga kan? Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam kalau tak silap. Kalau feri dari Kuala Kedah harganya RM23. Kalau dari Penang, tak sempat pula nak survey harganya.  Pernah sekali naik dari Penang, Isteri hampir muntah-muntah mabuk laut perjalanan 2 jam naik feri.

Jadual feri langkawi

Jadual Perjalanan dari Terminal Feri Kuah Langkawi lebih kurang setiap 1 jam bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga pukul 7 malam. Memang banyak tempat menarik di Pulau Langkawi, bercuti seminggu pun rasa macam tak cukup lagi jalan-jalan di sana.

–> Tempah Kereta Sewa Murah di Pulau Langkawi


Anyway, Jika ingin menempah hotel di Pulau Langkawi saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

5 thoughts on “Harga Tiket Feri ke Langkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.