Customer Is Not Always Right

Pilihan Jalan Jalan Cari Makan TV3Singgah di satu restoran famous/baru keluar Jalan Jalan Cari Makan TV3. Ternampak satu customer sedang marah-marah :

Customer : Lambat la servis di sini. Tunggu makanan sejam baru sampai.
Owner : Standardla. Hari biasa normally 25 minit menunggu. Hari ini weekend dan baruje keluar JJCM TV3. Tak menang tangan dibuatnya. 1 jam tu perkara biasa. Makanan di sini ekslusif dan susah dicari di tempat lagi . Jangan bezakan kereta Myvi dengan kereta Ferrari.

Umm, gaya percakapan owner tersebut agak angkuh dengan nada suara ditinggikan. Customer is not always rite, tapi apa salahnya kalau Say “Sorry Encik, sebenarnya….etc,etc..”. Inilah silap kebanyakan restoran melayu, bila dah nama naik sikit mulala berlagak dan treat customer semakin kurang. Kena ingat, bisness makanan camni, selain rasa makanan, customer servis perlu dititikberatkan juga. Kalau tidak, customer lari, banyak lagi Restoran Makanan Sedap di Malaysia ini.

Diri sendiri, pertama kali dalam 3-4 kali singgah di sini, lauk yang disediakan sejuk bagai baru keluar dari peti sejuk. Dua kali siap saya minta panaskan kembali. Bayar lebih dari RM100+ hidangan di sini, apa salahnya kalau dilayan sebaiknya kan? Jangan jadikan modal keluar JJCM TV3 sudah boleh bergoyang kaki customer will always come. Tidak semestinya yang keluar JJCM TV3, indah khabar indah rupa. Diri sendiri pun sudah banyak kali terkena, bila pergi, biasa-biasa je rupanya. Pelanggan tidak semestinya akan sentiasa setia jika tidak pandai mengambil hati mereka.

P.s : Kenapa Bisnes Orang Melayu Susah Nak Maju? 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Customer Is Not Always Right

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.