Charge Terlebih Berat Bagasi AirAsia

Semasa Percutian di Pulau Langkawi beberapa minggu lepas, mula-mula ambil berat beg total untuk sekeluarga 30kg. Then, tukar fikiran tambah jadi 40kg. Lebih kurang sehari sebelum flight pulang dari Langkawi – KL, melihat betapa rakusnya isteri shopping, terus tambah lagi jadi total 55Kg. Jumlah tambahan untuk bagasi hanya dibenarkan melalui online sekurang-kurangnya 24 jam dari masa berlepas. Alhamdulillah, takdela bayar mahal sangat. Kena tambah total tak sampai RM50 kalau tak silap.

Masa nak berlepas dari Langkawi-KL, timbang-timbang, cukup-cukup 55kg. Fuhh, memang efisyen orang perempuan bak shopping ni kan?

Sempatla usha, berapa charge agaknya kalau terlebih berat bagasi AirAsia :

Charge Terlebih Berat AirAsia

Penerbangan Domestik – Setiap 1kg lebih, RM35 dikenakan.
Penerbangan International – Setiap 1kg, RM50 charge dikenakan.
Penerbangan ke Australia – Setiap 1kg, RM50 juga

Yang atas kosong tu, kurang pasti pula. Untuk peralatan sukan i.e. kayu golf etc, charge nya lebih mahal. RM100 setiap 1kg untuk penerbangan domestik dan RM120 untuk International. Fuhh, No wonder , banyak juga cara lain kapalterbang boleh buat duit kan?

P.s : Pernah terlebih berat ketika masukkan beg ke bagasi? Kongsi-kongsikan pengalaman korang…

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Charge Terlebih Berat Bagasi AirAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.