Tips Rumah Tangga – Menabung Untuk Anak-Anak

by eyriqazz on 20 November 2013

in family, tips

Homestay Suri Suite Shah Alam 92

Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki. Sedangkan Lidah lagi tergigit, inikan pula hati manusia. Asam garam dalam kehidupan rumahtangga, perselisihan faham dan pergaduhan kadang-kadang memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Bagi menjamin kehidupan rumah tangga, antara Tips rumah tangga yang selalu dikongsikan antaranya bertolak ansur, bantu membantu, faham memahami, luangkan masa bersama dan pelbagai lagi.

Eyriqazz taknak sentuh bak itu. Saya mahu kongsikan tips rumah tangga dari segi kewangan kerana faktor kewangan antara faktor terbesar perceraian rumah tangga sekarang. Lebih-lebih lagi, kos sara hidup yang semakin meningkat dan juga kos perkahwinan yang memang menjolok mata dan nafsu untuk membuat pinjaman peribadi. Hasilnya, ramai suami isteri yang terjebak dengan masalah kewangan dan akhirnya membuatkan rumah tangga berantakan.

Apa pula persediaan untuk masa depan anak-anak? Cukupkah Simpanan bagi menjamin masa depan mereka di masa hadapan i.e. melanjutkan pelajaran ke universiti dan pelbagai lagi. Sekarang ini, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada PTPTN . Selalu saya dengar, duit PTPTN tidak cukup untuk menampung kos sara hidup seorang pelajar di universiti tempatan.


Jadi, apakah caranya untuk menyimpan untuk anak-anak? . Sudah semestinya menabung? Tapi apakah cara yang efektif untuk menabung? Secara peribadi, eyriqazz sendiri dari kecil bukan seorang yang pandai menabung. Bermacam-macam tabung saya ada, dari tabung berbentuk binatang, buah-buahan, dan juga tabung yang dibuat sendiri iaitu tabung buluh. Tapi kuat juga pengaruh untuk korek kembali duit tabung apabila memerlukannya . Kecil-kecil, banyak pula perkara yang tiba-tiba mahukan. Jadi, kurang efektif ketika itu menabung.

Saya kongsikan Tips Menabung yang berkesan untuk anak-anak yang saya ambil dari entri Rina Salleh, Juara Gadis Melayu 3. Tipsnya adalah Tips Menabung Tabung Bunian  . Apakah caranya untuk menabung tabung bunian ini?

1) Consistent saving at least RM100 sebulan untuk Alisya dan Azim dimasukkan ke dalam akaun tabung hajinya yang dibuka sejak dia lahir. Buku akaun kami suruh mak mertua kami simpan/pegang, jadi takdela rasa gatal-gatal tangan untuk keluarkan bila ada masalah kewangan.

2) Duit yang orang kasi Kat Alisya, tak kiralah duit raya,pemberian etc…kami tak guna,kami simpan kesemuanya dalam akaunnya.
3) Syilling. Kami ada satu tabung syilling. Any duit syilling dari tol, baki pergi kedai etc, masukkan dlm tabung Alisya.
Konsisten saving, inilah hasilnya bagi Alisya yang kini berusia 4 tahun :
Almost RM7K ketika dia berusia 3 tahun, dan kini sudah hampir RM10K ketika dia berusia 10 tahun, melebihi jumlah saving yang eyriqazz ada di Tabung Haji + ASB.Satu part dah selesai, suami isteri lebih gembira. Teringat masa saya mahu melanjutkan pelajaran dulu. Saya hampir tidak mahu sambung belajar kerana saya kasihan melihat ibu dan ayah bekerja dan risau saya akan membebankan mereka apabila belajar. Walaupun dapat scholarship masa tu buat A Level, RM70 sebulan duit biasiswa sebulan berada di Selangor, tidak cukup menampung kos sara hidup. Saya kebalkan semangat, pakai apa yang ada , dan makan di kantin yang disediakan.Rumah tangga bahagia bukan sahaja bergantung kepada Perhubungan Suami Isteri namun juga long term planning i.e. Simpanan untuk anak-anak di masa hadapan. Cubalah praktikkan dan lihatla hasilnya . In Shaa Allah, hati lebih tenang memikirkan masa depan @ kewangan anak-anak .

Tabung Bunian Nama diberi
Cara Menabung Efektif sekali
Kewangan anak-anak di masa hadapan nanti
Suami Isteri senang hati

  • titan 20 November 2013 at 10:51 pm

    usaha itu tangga kejayaan. hoho..
    titan recently posted…Tolak Ansur – Senjata Utama Keluarga Bahagia.My Profile

  • Fauzi Blues 20 November 2013 at 10:57 pm

    wahhh…kecik2 dah masyuk kan. planning yg padu. aku plak cuba simpan sekeping 10 dirham perak utk anak2 sbg saving diorg…hehe.kekadng hanyut gak..

  • Farisya Anastasyia 21 November 2013 at 3:20 am

    menabung utk anak2 amat penting. :) syirah setuju sgt2.
    Farisya Anastasyia recently posted…Ephyra Idaman SayaMy Profile

  • airis 21 November 2013 at 6:50 am

    Jujur sy ckp…byk2 tips kat atas, tang bagi mentua simpan buku simpanan tu sy suka. Jarang org fikir atau buat.

  • syawalsimpsons 21 November 2013 at 9:02 am

    sangat efektif la..mmg kena buat ni…

  • suriaamanda 21 November 2013 at 9:34 am

    SA pun setuju dengan cara macam ni…Dania nyer buku simpanan ada kat tangan neneknya…duit nafkah bulanan yang ayah dia bagi memang nenek yang pegang…masuk akaun mama tp transfer kat tangan nenek….so sgeala pebelanjaan nenek yg pantau…mama cuma check je every month…

  • Farid Adam 21 November 2013 at 9:51 am

    Sikit2 lama2 jadi bukit. Kalau nak mudah, linkkan je dengan maybank2u, Bank Islam atau Bank Rakyat. Check kat blog saya cara2 nak buat linking tu :-)
    Farid Adam recently posted…Cashflow Mobile – Aplikasi Yang MengujakanMy Profile

  • Mohd Azrin Abu Bakar 21 November 2013 at 10:13 am

    Aduhh..jelesnya..terima kasih tuan.1 tipis yg sangat baik untuk saya.
    Mohd Azrin Abu Bakar recently posted…Tips Rumah Tangga .Contohi 2 Tokoh iniMy Profile

  • Denaihati 21 November 2013 at 10:36 am

    sedap nama tabung bunian ni…heeee
    Jutaan terima kasih bro kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.
    Denaihati recently posted…Menangi RM100,000 sambil memandu bersama selebriti kegemaranMy Profile

  • Anuar 21 November 2013 at 10:40 am

    Eloklah tu Bro… Bro menabung mulai sekarang untuk masa hadapan anak-anak… Semoga berjaya menjadi seorang suami yang Soleh… In Shaa Allah…
    Anuar recently posted…Pemenang Tempat Ke 3 Contest “Honeymoon Package To Bali”.. Syukur Alhamdulillah…My Profile

  • hazman aka species1980 21 November 2013 at 12:40 pm

    Teknik tabung bunian nie nampaknya memang efektif dan kita sendiri sebagai dewasa pun perlu ada sebagai simpanan wang yang terkawal
    hazman aka species1980 recently posted…Kereta Perodua BUDDYZ di KL MOTORSHOW 2013My Profile

  • mummydearie 21 November 2013 at 1:29 pm

    Sekarang ni memang susah hati fikir masa depan anak-anak. Kalau tak menabung dari mereka kecil, tak tahulah macamana nanti bila dah dewas, nak sambung pelajaran lagi dan sebagainya. Menabung ni walaupun berdikit-dikit, banyak faedah jangkapanjangnya.
    mummydearie recently posted…Cerita kasut tumit tinggiMy Profile

  • papa mifz 21 November 2013 at 6:00 pm

    memang penting sangat menyimpan duit nih terutamanya untuk masa depan anak-anak…
    papa mifz recently posted…Visit Malaysia 2014 Photo ContestMy Profile

  • akubiomed 21 November 2013 at 11:16 pm

    Betul apa yang dikongsikan oleh bro. Beringat sementara awal ini.
    akubiomed recently posted…Wordless Wednesday – Madu AksubalMy Profile

  • nurmisnan 22 November 2013 at 7:20 am

    Saya gunakan cara ini utk anak saya sejak usia dia 5 bulan. Alhamdulillah… banyak dah angkanya. Utk masa depan dia kalau2 nak sambung belajar…
    nurmisnan recently posted…Maliqa Mediterranean Cuisine @ Plaza Damansara pelbagai citarasaMy Profile

  • sukma 23 November 2013 at 5:22 pm

    saya pun dah menabung untuk anak-anak pembukaan akaun TH adalah yang terbaik sebab dah tolak zakat mengikut hukum syarie…..
    sukma recently posted…Keyword Kereta 12 Tahun DilupusMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

Previous post:

Next post: