Tempat Makan Murah dan Best di Pulau Pinang

Musim sekolah ni tentu ramai yang plan untuk bercuti kan? Pulau Pinang, antara destinasi pilihan untuk dikunjungi. Pelbagai Tempat Menarik di Pulau Pinang yang boleh dilawati. Pelbagai makanan menarik dan sedap boleh didapati di sana. Mencari tempat makan murah dan best di Pulau Pinang? . Saya rekomenkan dua tempat ini yang bagi saya harga berpatutan, rasanya pun boleh tahan .

1) Medan Selera Tanjung Bunga , di atas bukit berhadapan dengan Masjid Terapung Pulau Pinang

Kedai Makan Masjid Terapung Tanjung Bungah 1Medan Selera ini yang menyediakan makanan nasi campur dengan harga yang berpatutan. Time lunch hour sentiasa dipenuhi orang, bukan sahaja dari kaum melayu, juga dari bangsa lain i.e. Cina yang turut datang makan di sini.

Kedai Makan Masjid Terapung Tanjung Bungah 6

Inilah menu saya . Cuba teka berapa harga? Tak sampai RM6. Murah kan? Rasanya pun boleh tahan sedap. Dua hari singgah di sini ketika percutian di Pulau Pinang, dua hari berturut-turut kami lunch di sini.

Kedai Makan Masjid Terapung Tanjung Bungah 3

Memang meriah dan dikunjungi ramai. Air Teh O Ais misalnya, RM1 je. Kat Terengganu pun dah RM1.20 kalau tak silap. Bila makan ramai-ramai memang sedap. Saya sangkakan di kawasan pulau sudah sukar untuk mencari tempat makan murah, rupanya kalau pandai mencari, ada saja. Lokasinya pun agak strategik.

Hari pertama, 6 orang makan hanyalah RM28.50, iaitu lebih kurang RM5 seorang. For us, memang murah . Hari kedua lebih sedikit coz ambil lauk pun lebih. Memang saya rekomenkan tempat ini kalau berkunjung di Pulau Pinang. Lokasinya tak sampai 10km dari Batu Feringhi kalau tak silap.
2) Restoran Darussalam – Within walking distance dari Pasar Chowrasta dan berhadapan dengan Balai Polis

Lokasinya lebih kurang 500 meter dari Pasar Chowrasta dan tidak jauh dari Tune Hotel Penang . Hidangan ala lauk bergoreng yang sempat saya mencuba antaranya :
Ikan Bilis Goreng. Menang sedap dan membangkitkan selera.Rasanya sedap, hargapun berpatutan.

Daging masak Pedas. Voila, saya sukakan rasanya.


Sayur campur. Love it

Ayam masak kicap. Wifey cakap masin skit.

Kalau singgah ke Pulau Pinang mencari tempat makan dengan harga murah dan sedap, memang saya rekomenkan dua tempat ini. Bila bajet makanan dapat dikurangkan, dapatla spend untuk perkara yang lain-lain pula kan i..e melawat tempat menarik di Pulau Pinang dan mencuba pelbagai makanan lain di sana.

Jika mencari tempat penginapan yang sesuai di Pulau Pinang pula, saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut untuk dijadikan rujukan memilih hotel yang kena dengan citarasa.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Tempat Makan Murah dan Best di Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.