Serius Insaf – Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman

Petang tadi sempat brunch di Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman . Sudah lama tidak singgah di sini, teringin pula untuk singgah lagi. Last time pergi, memang teringat-ingat nasi biryaninya yang sedap dan memukau selera.

Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman 3

Saya order Nasi Biryani dengan Ayam Goreng. Perut tengah lapar belum breakfast lagi. Ngap, pekena nasi biryani. Ehh, silap kuah ke ni? Rasa macam lain je?. Terus saya minta kuah kari, dah kuah ayam kurma sekali selain yang disediakan kuah dal. Ngap. Ehh, nasi biryani dia pun rasa lain la?. Kecewa juga, rasanya tidak sesedap seperti last time saya singgah di sana.

Pandangan dari rakan-rakan juga ada dikongsikan bila eyriqazz upkan status Facebook ini :

Masa mula pindah KL, antara kedai 1st aku singgah.. Mmg mengINSAFkan.. Tak terjah dah pastu.. ha ha.. – Fazrol-

Pernah juga mkn kat situ..mmg mahal n buatkan kita insaf haha…sape pergi jln tar mmg teringin nak mkn situ – Tarmizi-

Konon2 pas makan INSAF x nak makan lg..tp bila lalu tetap nak nyinggah makan.. memang x INSAF2 tul..hahaha – Sumi Mak Ikan-

Insaf dah kurang sedap compare dgn dulu. Harga mmg menginsafkan – Zaidi-

Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman 5

Order Air Mangga. Sedap juga. Cuma, sama juga, Air Mangga je tidak sesedap dulu.

Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman 7

Order mangga masak. Teruja bila kata Mangga Pakistan, RM18 sekilo. Satu pinggan ni RM10. Rasa manis-manis masam. Sedap tapi rasanya banyak lagi mangga di pasar raya dengan harga yang lebih murah yang lebih sedap.

Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman 2

Makan di meja atas. Pelik juga kenapa tak ramai orang time lunch hour weekend sebegini ? Ramai yang dah Insaf ke?

Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman 1

Jalan TAR, cukup popular. Tapi tak banyak peniaga melayu di sini. Ke mana perginya peniaga melayu ya?

Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman 8

Bila dapat bil, memang menginsafkan. Hehehe, terbang RM50.50 . Overall, untuk sesi makan kali ini saya berikan rating 5.5/10.  Singgah lagi? Umm, tengok poket dulu la kot in future. Teringat pula sesi last time rakan seofis belanja, telur ikan RM15 sepinggan adalah dalam 4 ketul telur ikan. Terus Insaf rakan seofis.

P.s : Pernah singgah Restoran Insaf? Apa pandangan korang?

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

25 thoughts on “Serius Insaf – Restoran Insaf Jalan Tunku Abdul Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.