Pelaburan Hartanah Menganiayai Orang Lain?

Pelaburan Hartanah Komen

 

” Sebagai orang Islam, kita kena tengok jugak bisnes yang kita buat, adakah halal atau tidak hukumnya. Bagi saya hartanah atau rumah tidak patut dibuat bisnes kerana dengan cara itu kita akan menyebabkan harga rumah dan hartanah melambung tinggi, seterusnya secara tidak langsung akan menganiayai orang lain yang tidak mampu membeli rumah.

Rumah adalah keperluan yang tidak sepatutnya dimanipulasi untuk keuntungan sesetengah individu. Mungkin pendapat ini ramai yang tidak bersetuju tetapi ingatlah setiap perbuatan kita akan ditanya di akhirat nanti. Jangan sampai kita menzalimi orang lain tanpa sedar dalam keseronokan kita menjalankan bisnes hartanah.. ” – Komen di entri Pelabur Hartanah Senyap

Pelaburan Hartanah Menganiayai Orang Lain? Sedikit sebanyak ada juga betulnya kata pengomen di atas. Ramai speculator/pelabur hartanah kini yang mengamalkan konsep “buy and sell” dalam jangka masa pendek (kurang 5 tahun) bagi mendapat keuntungan dengan cepat dan pantas. Hasilnya, harga rumah melambung tinggi . Pelabur hartanah untung namun ianya memberikan impak kepada genuine buyer yang ingin membeli rumah untuk kediaman.

Demand and Supply? Kalau kita tak rebut peluang orang lain akan rebut? Rumah itu banyak? Umm, susah juga nak memberikan jawapan. Personally, eyriqazz membeli hartanah untuk pelaburan jangka masa panjang. Kadar sewa rumah yang saya berikan pada kadar semasa dan penyewa bagus, almost 2 tahun menginap, saya tidak menaikkan kadar sewa rumah. “Win-Win” buat penyewa dan saya, pada pandangan saya.

#Tips berkenaan Pinjaman Perumahan , boleh refer di sini –> Tips Mudah Lulus Pinjaman Rumah 

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Apa pandangan anda pula? Adakah dengan wujudnya semakin ramai Pelabur Hartanah ianya menganiayai orang laiN?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

34 thoughts on “Pelaburan Hartanah Menganiayai Orang Lain?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.