Jalan-Jalan Bukit Bendera, Pulau Pinang

Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang untuk dikunjungi adalah Bukit Bendera ataupun lebih dikenali dengan nama Penang Hill Ketika percutian ke Penang yang lepas, sempatla saya kunjungi bukit bendera bersama keluarga.

Bukit Bendera Pulau Pinang 1

Penang Hill @  Bukit Bendera. Nasihat saya kalau gunakan waze gps, jangan search penang hill, dia bawakan ke tempat lain. Search ayer hitam dan akan ada signboard untuk ke sana.

Bukit Bendera Pulau Pinang 3

Harga tiket untuk MyKad holder adalah RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Make sure bawa mykad, kerana memang mereka check. Maybe ramai warga asing datang berkunjung di sini. Warga asing dikenakan harga tiket rm30 untuk dewasa.

Bukit Bendera Pulau Pinang 5

Suasana di dalam Train bukit fraser. Memang semakin canggih saya perhatikan.

Bukit Bendera Pulau Pinang 32

Jom naik bukit bendera. Saya datang time weekend, boleh tahan juga ramai yang berkunjung tapi tak beratur panjang.

Bukit Bendera Pulau Pinang 30

Happy moments bersama Isteri dan Azim.

Bukit Bendera Pulau Pinang 29

Anak buah dan anak-anak . First time bawa diorang ke Pulau Pinang. Trainnya agak laju , tak sampai 10 minit dah sampai atas. Tak sempat nak tengok pemandangan di dalam train. Hehehe…

Bukit Bendera Pulau Pinang 6

Pemandangan dari atas Bukit Bendera. Cantik dan udaranya pun nyaman.

Bukit Bendera Pulau Pinang 8

Yo’ve never been to penang unless you’ve been to Penang Hill. Hehehe, good promotion to attract people to come.

Bukit Bendera Pulau Pinang 9

Anak buah bergambar di depan Bukit Bendera banner.

Bukit Bendera Pulau Pinang 10

Charge RM2 dikenakan untuk gunakan teropong yang disediakan. Tak nampak awek-awek berbikini mandi manda ya.

Bukit Bendera Pulau Pinang 16

Makin moden tempat makan dan membeli souvenir. Hargapun agak berpatutan.

Bukit Bendera Pulau Pinang 17

Sempatla beli makanan dan ole-ole untuk dibawa pulang.

Bukit Bendera Pulau Pinang 18

T-Shirt dan fridge magnet sudah kemestian kalau berkunjung dan bercuti di tempat menarik.

Bukit Bendera Pulau Pinang 20

Terliur nak pekena ABC, tak sempatla pula.

Bukit Bendera Pulau Pinang 22

Ada muzium burung hantu dengan charge bayaran dikenakan. Tak masukpun, Alisya takut dengan burung hantu. Hehehe…

Bukit Bendera Pulau Pinang 25

Pemandangan dari atas. Ramai juga pasangan di atas ini menikmati udara segar.

Bukit Bendera Pulau Pinang 27

In Shaa Allah, lain kali bolehla singgahi lagi di Bukit Bendera ini kalau singgah di Pulau Pinang.

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Pulau Pinang saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Jalan-Jalan Bukit Bendera, Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.