Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara

Akhirnya, tertunailah hasrat di hati untuk singgah di Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara beberapa minggu lepas ketika ambil cuti satu hari temankan Isteri ambil hadiah contest. Tempat  ini sememangnya popular di kalangan orang KL kerana menyediakan hidangan Ikan Bakar yang menyelerakan ketika lunch hours dari hari Isnin sehingga Sabtu. Ahad tutup.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 1

Ada beberapa buah gerai makan ikan bakar di sini. Saya terus terjah gerai nombor 3 kerana saya perhatikan di gerai sana paling ramai orang. Hehehe, follow gerak hati ditambah pula baca review dari rakan-rakan bloggers, gerai no. 3 ini antara yang paling sedap .

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 2

Nasib baik sampai awal around pukul 12 tengah hari, ikan, sotong dan pelbagai lagi tengah dibakar. Terus membangkitkan selera saya yang belum sempat breakfast lagi ketika itu. Pucuk dicita, ulam mendatang, rezeki jangan ditolak walaupun kena bayar sendiri. Hehehehe

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 3

Sotong Bakar, Ikan Bakar. Sotong bakar lingkungan harga RM8-20 bergantung kepada saiz. Ikan pula dari RM10-30 bergantung kepada size dan jenis ikan yang dipilih.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 5

Saya rembat Ikan Bakar dan Sotong bakar. Ngap, memang menyelerakan dan sedap. Honestly, kalau di KL , ini antara tempat terbaik untuk pekena Ikan Bakar. Menyelerakan.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 7

Alamak, lupa la pulak nama Ikan ini. Banyak tulang tapi sedap. Lebih-lebih lagi sambal ladanya yang memang membangkitkan selera.

Dapatkan di SINI –> Panduan Asas Penternakan Ikan Tilapia

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 8

Nasi lemak bungkus pun ada. Berselera Isteri makan. Jemput makan, jangan malu-malu.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 9

Saya sampai elok-elok ada satu tempat duduk. Menjelang pukul 12.30 memang penuh dikerumuni orang yang berkunjung datang makan untuk lunch. Kalau time lunch hour waktu kerja, memang takde harapanla nampaknya nak singgah sini.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 11

Meja di bawah pun semuanya penuh. Semua saya tengok yang makan penuh berselera. Memang sedap, harga pun saya rasakan agak OK dan berpatutan.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 12

Papa, tambah satu sotong lagi? Hehehe, tipu-tipu, itu ayat eyriqazz. Terus saya tambah Ikan Pari pula. Nyam2, memang berselera sungguh makan.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 14

Terbaik dan kena dengan selera kami. Bila la agaknya nak singgah lagi di pekena Ikan Bakar di Jalan Bellamy ini ya?

 

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 16

Kedai Kak Jat, Ikan Bakar Gerai No. 3, sememangnya menjadi pilihan ramai. Azim pula asyik mundar mandir gaya seorang pemilik kedai.

Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara 18

Pandai-pandailah cari parking ya. Hehehe, overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk tempat makan ini. Bolehla masuk dalam list antara destinasi @ Tempat Makan Menarik dan Best di Kuala Lumpur

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

21 thoughts on “Ikan Bakar Jalan Bellamy, Istana Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.