Hotel Pilihan – Hotel De Art Shah Alam

Hotel De Arte Shah Alam 25

Beberapa minggu lepas, sempat bercuti dan menginap di Hotel de Art Shah Alam . Lari dari kesibukan kotaraya KL dan jalan-jalan di Shah Alam. Kami memilih hotel ini atas faktor lokasinya yang strategik dan pelbagai tempat yang boleh dikunjungi di Shah Alam antaranya I-City Shah Alam,Bukit Cahaya Seri Alam, Wet World,  tempat shopping menarik di Seksyen 7 Shah Alam, dan pelbagai lagi.

Lokasinya yang lebih kurang 5km dari Uitm Shah Alam menjadikan ianya antara hotel pilihan buat ibubapa dan saudara mara yang berkunjung melawat anak-anak di Uitm Shah Alam.

Lobby hotel de art

Ruang lobi. Antara keunikan hotel ini adalah biliknya yang didesignkan dengan begitu cantik bertemakan Art, Artis, bunga-bunga, wayang gambar dan pelbagai lagi. Satu keunikan yang ditunjukkan yang berjaya menarik pengunjung berkunjung ke sini termasukla saya.

Hotel De Arte Shah Alam 5

Harganya pun agak berpatutan. Serendah Rm78 untuk satu bilik dan bilik yang paling mahal berharga Rm198-Rm228 bergantung kepada peak/off peak season. Bagi saya harganya agak murah jika dibandingkan dengan hotel-hotel yang lain yang setanding dengannya.

Hotel De Art Shah Alam Selangor 6

Ruangan dinding menuju ke bilik .Cantik di designkan ala-ala Eifel Tower, Paris. Sejuk mata memandang.

Hotel De Art Shah Alam Selangor 1

Inilah bilik kami menginap. 2 katil single yang agak besar yang bertemakan “Art ” . Cantik dan sejuk mata memandang. Di dalam bilik turut disediakan television LCD, kipas & aircond, complimentary 3 in 1 nescafe , kemudahan wifi percuma. Quite impress dengan wifi nya yang saya rasakan agak laju. Yes, wifi memang agak penting sekarang ini especially bloggers part time macam saya.

Hotel De Art Shah Alam Selangor 5

Bilik air.  Quite nice .

Hotel De Art Shah Alam Selangor 7

Malam pertama. Layan tv dulu. Time ni baru pulang dari lepas makan di belakang Unisel yang menawarkan pelbagai tempat makan menarik antaranya Mee Ketam, Nasi Ambeng, Burger Bakar Besar, Nasi Kukus, Nasi Arab, Nasi ayam dan pelbagai lagi.

Hotel De Art Shah Alam Selangor 8

Kalau malas nak keluar, boleh order dari bilikje  untuk menu dari Hailam Kopitiam. Harga berpatutan, rasa makanan pun boleh tahan.

Hotel De Arte Shah Alam 26

Breakfast, untuk guest complimentary breakfast untuk dua orang di Hailam Kopitiam. Menu nya pun quite Ok  , kena dengan selera saya.

Hotel De Art Shah Alam Selangor 11

Boleh dapatkan 10% diskaun di Hailam Kopitiam dan Jendela Bali buat yang menginap di hotel. Hanya tunjukkan kad, dapat diskaun 10%. Review hotel ini turut mendapat review yang positif dari Trip Advisor.

Hotel De Art Shah Alam Selangor 13

Memang lena anak-anak saya tidur di hotel. Anak-anak especially Alisya memang suka time percutian dan menginap di hotel sebegini.

Hotel De Art Shah Alam Selangor 15

Malam kedua. Amboi2, sempat lagi posing.

Overall, hotel ini memang saya rekomenkan. Harga berpatutan, lokasi strategik dan suasananya santai dan menarik.

Sedikit cadangan dari saya untuk Hotel De Art Shah Alam :

1) Harga bilik dipublishkan di website. Lebih mudah pengguna mendapatkan informasi
2) Lebih aktif di Facebook dan Instagram. Anjurkan contest-contest menarik untuk bloggers misalnya ?
3) Laundry Bag disediakan. Senang sikit pengunjung meletakkan baju kotor
4) Review dan blogger review turut dimasukkan di dalam website
5) Promosi sempena special occasion i.e. Birthday, Anniversary, etc. Tentu pengunjung rasa lebih dihargai

Hotel De Arte Shah Alam 2

Hotel De Art Shah Alam
3, Jalan Kristal AS7/AS, Section 7
40000 Shah Alam,Selangor
No. telefon : 03-5518 0975
Website : http://hoteldeart.com.my

 

Untuk tempahan Hotel De Art ni, bolehla membuat tempahan melalui laman web Agoda.com

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

47 thoughts on “Hotel Pilihan – Hotel De Art Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.