Blogger Melayu Susah Dapat Job?

Tertarik dengan entri Otai Blogger , 5 Sebab Kenapa Blogger Melayu Susah dapat Job , agak menarik perkongsian dan pandangan peribadi otai blogger tersebut. Point-point yang diberikan agak bernas dan saya totally agreed 100% dengan apa yang dikatakan blogger tersebut.

5 Point yang diberikan kenapa blogger melayu susah dapat Job/Advertorial :

1) Kurang ilmu, kurang skill dan malas. Asal boleh aje..
2) Berlagak tak kena tempat
3) Suka mengikut
4) Terhad pada satu cara sahaja
5)  Dan lain-lain lagi

Apa komen eyriqazz? Umm, kalau eyriqazz komen ,nanti ada ramai pula bloggers yang tersinggung. Peribadi pada pandangan eyriqazz, antara sebab lain kenapa blogger melayu susah nak dapat job :

1) Tidak komited dan tidak memberikan komitmen 100%. Apa guna trafik tinggi kalau tidak boleh hasilkan entri yang terbaik
2) Kurang bekerjsama antara satu sama lain. Masih ramai yang takut untuk tolak-tolakkan “Job” kepada rakan-rakan blogger yang lain takut rezeki semakin berkurangan
3) Kurang ilmu seperti point no 1 di atas. Bila peluang diberikan untuk belajar, macam2 alasan diberikan i.e. “Mahal, Lokasi jauh, ada hal lain, etc, etc”. Secara Peribadi, Seminar WordPress yang saya hadiri, saya laburkan almost RM500. Apa yang saya dapat? Monetary term , saya sudah menjana lebih dari RM2K+ selepas praktikkan beberapa tips & trip dari Seminar tersebut.
4) Speak Louder Than Action. Banyak bunyi tapi banyak yang tin kosong. Tak boleh itu, tak suka itu, tapi tak banyak action or “langkah” ke arah memperbaikinya
5) Salah tafsiran – Trafik itu penting, tapi bukan the only kayu pengukur untuk mendapatkan “Job/Advertorial”. Ramai yang tiada halatuju dalam berblog

Add On – 6) Networking pun sangat penting. Jadi kalau pergi event etc, pandai2la kumpulkan network dan jangan sekadar pergi dan ciao pastu bising asyik pergi event tak berbayar

Apapun, secara peribadi, sekarang sudah semakin ramai bloggers Melayu yang banyak mendapat Job. Banyak PR yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan pun banyak engage bloggers melayu kini kerana semakin ramai bloggers melayu yang berkualiti dan mampu pergi lebih jauh.

P.s : Bukan senang jadi blogger kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

35 thoughts on “Blogger Melayu Susah Dapat Job?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.