Semi-D Taman Selayang Mutiara dari PKNS

Semi-D Taman Selayang Mutiara PKNS

Hari ini projek Semi-D Taman Selayang Mutiara, keluar di Harian Metro. Satu projek dari PKNS yang sudah siap. Umm, wondering juga bila search di website PKNS tak jumpa pula projek ini. Tersilap pandang rasanya.

Selayang Semi -D 1 tingkat berharga RM360K. Berkeluasan tanah 2055 KPS, cukup untuk korang extend rumah korang tu bagi luas lagi. Bagi yang mencari-cari kawasan di selayang, mungkin projek ini boleh dipertimbangkan. – Koleksi Hartanah PKNS 2013 di SACC MALL –

Rakan seofis berminat untuk membeli rumah ini. Katanya tempatnya agak strategik dan boleh dikatakan harganya agak berpatutan. Surprise, adik dia pergi jenguk time lunch tadi, sudah ada yang queue untuk membeli rumah ini walaupun ianya dibuka besok hari, 12 Oktober 2013 bermula 8 pagi. Nampak gayanya ada yang bakal tidur di sana. Dengar cerita adiknya pun turut queue sekali, di barisan no. 8. Tengok gambar yang diberikan, sudah berderet-deret kereta yang parking sekali.

In term of housing loan pula, bolehla rujuk sini –> Tips Power Lulus Loan Rumah

Keutamaan untuk membeli rumah ini bagi yang bawa Rm5,000 deposit cash/bank draft. Umm, baru je ingat ada peluang untuk memiliki rumah bertanah. Nampak gaya tak dapatla nak join yang unit yang agak limited ini.

Mahu belajar cara beli rumah tanpa modal atau dengan sedikit modal? Jemput baca di sini –> Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Semi-D Taman Selayang Mutiara dari PKNS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.