Review Thriller Workshop Hartanah 2013

by eyriqazz on 7 October 2013

in informasi, tips pelaburan hartanah

IMG_2060

Sabtu lepas, sempat saya menghadiri Thriller Workshop Hartanah (TWH 2013) yang telah diadakan di De Palma Hotel, Shah Alam yang membariskan beberapa speakers yang agak berpengalaman antaranya Dr Shah Razali (DSR), Mr. Yong, dan Mr Tee. Kosnya adalah RM70 yang saya rasakan sangat berbaloi. Ini pengalaman saya untuk dikongsi bersama. Sebelum itu, maafkan pada kualiti gambar kerana terlupa bawa kamera, gambar diambil menggunakan IPhone 5 .

Thriller Workshop Hartanah 2013 2

MC of the day, Mr Presiden , Najib Mohamed memberikan penerangan berkenaan apa yang bakal kami pelajari hari ini dari 3 speakers untuk sesi setengah hari. 3 Topik Utama iaitu Personal Finance, Banking Strategy, dan Property Investment Strategy  (Kalau tersilap, harap kalau ada peserta yang hadir tolong perbetulkan ya).

Thriller Workshop Hartanah 2013 3

Kagum dengan PR dan public speaking Tuan Najib. Begitu bersemangat dan jelas. Pencarian ilmu di hujung minggu, ramai juga yang hadir, lebih kurang dalam 50 orang rasanya.

Thriller Workshop Hartanah 2013 5

Speaker pertama Mr. Tee bercerita pasal Personal Finance. For me, ini antara part terpenting sebelum kita melibatkan diri dalam pelaburan hartanah. Nak melabur, kenalah melabur pada diri sendiri terlebih dahulu. Kalau financial sendiri pun kurang terurus, rasanya semakin sukar untuk lebih yakin dalam pelaburan hartanah.

Thriller Workshop Hartanah 2013 6

Antara part yang disentuh antaranya Debt Service Ratio, etc . Key take away antaranya :

1) Most bank normally approve pinjaman perumahan maximum 70% Debt Service Ratio.
2) Debt Service Ratio = Jumlah pinjaman/gaji bersih selepas ditolak potongan wajib seperti EPF dan tabung haji
3) Current Property Stategy – Antara Lelong, Under Construction dan Subsale, Mr Tee rekomenkan Subsale.

Agak menarik penerangan Mr. Tee. Being a banker, rupanya banyak lagi yang saya belum tahu pasal personal finance dan juga selok belok pelaburan hartanah.

Thriller Workshop Hartanah 2013 11

Speaker kedua , Mr Yong Wai Foong, bekas pegawai bank bahagian “Mortgage Loan” berkongsi pengalaman peribadi dan ilmu/tips berkenaan Banking Strategy i.e. apa yang diperlukan untuk kelulusan bank. Key take away :

1) Pegawai bank lebih banyak memberikan peranan dalam kelulusan loan anda. Bank yang bagus tapi kalau pegawai bank kurang bagus, kemungkinan besar loan anda lambat diapprovekan or lebih buruk tidak diapprovekan
2) Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk Pinjaman Perumahan
3) Kenapa harga rumah semakin meningkat naik
4) Tips & Trick nak bagi Loan Rumah Lebih Mudah Lulus

Thriller Workshop Hartanah 2013 15

Mr. Yong turut berkongsikan pengalaman peribadi pengalamannya membeli dan melabur hartanah. Tertarik dengan salah satu unit hartanah yang pernah dimilikinya itu iaitu Flat di Seksyen 2, Wangsa Maju. Honestly, saya sendiri pernah menyewa di flat ini beberapa bulan sebelum berkahwin pada tahun 2007 dengan kadar sewa Rm650 sebulan. Sekarang ini rasanya mahu sewa di sana around RM800-Rm1,000 sebulan atas faktor lokasinya yang strategik dan tidak sampai 1KM dari  LRT Wangsa Maju.

Kagum dengan pencapaian Mr. Yong yang saya rasakan begitu berjaya dalam Pelaburan Hartanah dan berkongsi ilmu dengan yang berminat.

Speaker ketiga, yang dinanti-nanti oleh semua, Dr. Shah Razali (DSR) berkongsi Property Investment Strategy dibawakan khas melalui Live Streaming buat pertama kali. Saya pernah menghadiri Mega Hartanah Bumiputra 2012, sememangnya saya kagum dengan gaya DSR dalam berkongsikan ilmu hartanah. 30 minit rasakan macam 5 minit saja. The best speaker untuk sesi tahun lepas pada pandangan peribadi saya.

Key take away :
1) Lokasi strategik untuk pelaburan hartanah antaranya Puchong, Sunway, Wangsa Maju, Taman Melati, Taman Melati, dan Kota Damansara. Saya agak bersetuju dengan pandangan DSR. Misalnya dua property yang kami miliki di area Wangsa Maju/Setapak, sudah mencatatkan kenaikan harga hartanah lebih kurang dua kali ganda dari tarikh pembelian sekitar 2007-2009.
2) Jenis-jenis pelaburan hartanah antaranya bulk purchase, lease option, investment holding company, etc.. Fuhh, banyak rupanya.
3) Tips & trick dalam property strategy. Tidak boleh main serkap jarang jer. Nanti boleh bawa “biawak hidup”
4) Lain-lain, bolehla korang tengok sendiri video di atas

Thriller Workshop Hartanah 2013 35

Yuran RM70, dapat ole-ole buku dari Dr. Shah Razali yang melebihi harga yuran tersebut. Memang berbaloi. In Shaa Allah, minggu depan bakal saya khatamkan kedua-dua buku ini. Memang sangat berpuas hati dengan Thriller Workshop Hartanah ini.

Dah join thriller, kalau mahu lebih maju ke hadapan dan mendapatkan khidmat pakar dari DSR Group, bolehla enrol ke Platinum Program. Indeed, yurannya bernilai 4 angka dan lebih kurang bersamaan gaji saya selama sebulan. Enough said, I enroll for this Platinum Program. Hendak berjaya, kena berani melaburkan wang pada diri sendiri sebelum mengorak langkah ke hadapan lagi. Testimoni dari rakan saya, Farabi yang join Platinum ini, membuatkan saya tanpa ragu-ragu untuk enroll sekali. Plus, Sifu Saya turut berikan kata greenlight dan highly recommended katanya .

Overall, Thriller Workshop Hartanah ini saya berikan rating 9/10. Memang bagus. Buat rakan-rakan yang mahu berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah, memang saya syorkan hadiri. Harganya pun tak sampai RM100, siap boleh bawa extra lagi. Yes, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jangan pula di masa hadapan, kita pula asyik menyalahkan pihak lain apabila kita masih berada di golongan penyewa dan bukannya Pemilik rumah apabila diri sendiri tidak berani untuk belajar ilmu berkenaan hartanah.

Info menarik –> Tips Mudah Lulus Loan Rumah dan Rahsia Pinjaman Rumah. Tips ini boleh juga diaplikasikan untuk Loan Kereta dan Personal Loan.

Info lanjut bolehla refer di laman web ini –> http://thrillerhartanah.com/

  • mselim3 7 October 2013 at 9:31 am

    Assalammualaikum…bro eyriqazz,

    bro eyriqazz rupa anak murid abgencem… abg encem dulu mselim3 ada gak visit dia.. abg encem ada jual e-book pasal hartanah.. cuma hati dan minda mselim3 blom terbuka nak join bidang hartanah… mselim3 x nafikan pelaburan hartanah adalah bidang yg sangat2 menguntungkan …

    mselim3

    pls: setuju kenyataan “jgn esok kita melihat nilai hartanah naik tp kita bukan pemilik hartanah”… “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubahnya…”
    mselim3 recently posted…Kisah Nabi Sulaiman Dengan Ratu Balqis dan Kaum SabaMy Profile

    • Abang Ensem Berketak 7 October 2013 at 11:16 am

      Patut pun follower saya dah kurang sorang. Rupanya mselim3 dah tak visit saya lagi.. huhuhu.
      Abang Ensem Berketak recently posted…Strategi Pelaburan BijakMy Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:56 pm

      Belum terlambat ke arah kebaikan
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • myvitrd 7 October 2013 at 11:38 am

    sekarang bukan masanya lagi nak menyalahkan mana-mana pihak kalau ekonomi kita tidak bagus.. jalan dan diberikan hanya kita yg tentukan nak pilih jalan untuk terus ke depan atau jalan yang mati.. setelah aku beli buku WTF edisi bahasa.. aku rasa dah tiba masanya aku kena terjun juga dalam bidang ni.. kalau bukan aku yg mulakan sendiri.. rasanya orang lain tak boleh nak ubah nasib aku untuk masa akan datang.. yang penting sekarang penuhkan ilmu didada dahulu dengan ilmu sebelum terjun dalam bidang ni.. :-) seronok tengok kawan2 yang dah mula berjinak2 dalam bidang hartanah ni..
    myvitrd recently posted…Kerana Bantal BusukMy Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:56 pm

      Tepuk dada, tanya selera….
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • blogger lelaki 7 October 2013 at 11:39 am

    bidang hartanah ni..memang menarik untuk sertai..
    blogger lelaki recently posted…Monday Blues Vs Black MondayMy Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:56 pm

      Menarik dan mampu mengubah hala tuju ekonomi keluarga
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • akubiomed 7 October 2013 at 1:32 pm

    Dapat ilmu dari mereka yang pakar dan berpengalaman.
    akubiomed recently posted…3G Mobile Wi-Fi dari TP Link M5350My Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:57 pm

      Memang puas hati
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • papa mifz 7 October 2013 at 4:51 pm

    terima kasih sebab bro sudi kongsi serba sedikit berkenaan input workshop tuh…
    papa mifz recently posted…Penginapan di Grand BlueWave Hotel Johor BahruMy Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:57 pm

      peribadi, antara seminar hartanah terbaik yang pernah saya sertai
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • Farid Adam 7 October 2013 at 7:30 pm

    terima kasih atas perkongsian…nak dapat ilmu, memang kena keluar modal sikit…tak boleh nak dapat yang percuma je…
    Farid Adam recently posted…Download Ebook Sifu Rumah Lelong Secara PERCUMA Di SiniMy Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:57 pm

      bila keluar modal, ilmu tersebut akan lebih rasa dihargai
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • Denaihati 7 October 2013 at 8:04 pm

    kagum dengan bro, seorang pengawai bank yang banyak tahu selok belok loan pun sedia menambah ilmu. terima kasih perkongsiannya.
    Denaihati recently posted…WordPress Master Class dan Insentif bulananMy Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:58 pm

      kagum dengan bro, seorang usahawan/blogger yang sangat berjaya….harap2 one day dapat mengikut jejak langkah bro ke arah financial freedom
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • Hazmin Hamudin 7 October 2013 at 9:33 pm

    Bila la saya nak berani join seminar macam ni. Ilmu langsung kosong. Harap terbuka la hati ni nanti.
    Hazmin Hamudin recently posted…Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air HitamMy Profile

    • eyriqazz 7 October 2013 at 10:58 pm

      Mulakan bertindak…Semakin ramai yang maju ke hadapan..Adakah kita masih mahu ditinggalkan?
      eyriqazz recently posted…Rahsia Murah RezekiMy Profile

  • Nadot 8 October 2013 at 2:14 am

    Jelessss…
    Takpe..lepas habis blajar, nadot kejar… Heheheh
    Nadot recently posted…MoU Antara Al Ansar Health dengan Sinar Permata dan Magnetic AuraMy Profile

  • Hafizul 9 October 2013 at 9:02 pm

    hehe..terbaiklah..sya belum bersedia lagi nak cebiri bidang hartanah ni..hehe..kewangan keluarga pun kucar kacir lagi..emmm
    Hafizul recently posted…Wordless Wednesday #71 – Cebisan Kata Nikmat KehidupanMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge

Previous post:

Next post: