Restoran Marhaba – Masakan Arab Terbaik

Pucuk dicita, ulam mendatang. Beberapa minggu lepas, kami beberapa rakan bloggers menerima jemputan untuk menjamu selera di Restoran Marhaba, Publika Solaris Dutamas. Restoran ini adalah sebuah restoran makanan arab yg menyediakan makanan asli Yemen dalam suasana “fine dining”.Slogan restoran ini adalah Celebrate good life with great taste.” Semua chef  adalah chef dari restoran terkenal di Dubai dan bahan-bahan mentah termasuk berasnya juga di datangkan terus dari Yemen.

Antara “signature dish” yang dihidangkan kepada kami pada malam tersebut :

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 24

Roti Mulawah. Roti ini sangat besar. yang ini size medium yang berharga RM12. Rasanya sangat sedap dan ranggup. Anak eyriqazz Alisya yang susah nak makan pun berselera dengan roti mulawah ini.


Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 30

Inilah Size medium. Normally, untuk dimakan 3-4 orang. Bayangkan kalau size XL besar mana pula?

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 29

Roti Mulawah ini sesuai dimakan dengan kuah ala-ala kuah kari Udang. Sangat sedap dan menyelerakan.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 32

Ataupun boleh dimakan dengan Saltah Fahsah (daging kambing yang dimasak panas dalam periuk secara sizzling). Yang ini antara menu terbaik malam itu sampaikan kami siap tambah lagi dua mangkuk. Harganya Rm40. For me, memang berbaloi . Kualiti seiring dengan harganya.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 12

Starter malam itu Yemeni Tea. Tak sangka, dalam ramai-ramai, anak eyriqazz ,Azim yang paling menggemari air teh ini. Dua gelas dia habiskan.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 21

Sup kambing. Honestly said, antara sup kambing terbaik yang pernah saya cuba. Rasanya yang membangkitkan selera untuk menjamah makanan lain. 

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 26

Tabbouleh @ Fruit Salad. Bila makan, kenalah pelbagaikan menu dan selera kan?

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 34

Ini antara main dish, Lamb Hanith yang berharga Rm78. Keistimewaan juadah ini adalah daging kambing yang dipilih adalah kambing yang terbaik iaitu kambing yang digunakan berusia 6 bulan ke bawah. Memang lembut dan juicy. Berasnya pula menggunakan beras wangi yang didatangkan khas dari Yemen. Pertama kali eyriqazz boleh habiskan daging kambing sebesar ini. Hehehe, In Shaa Allah, plan nak singgah lagi nanti di sini.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 36

Chicken Mazbi . Nampak menyelerakan, memang sedap dan memuaskan. Kami siap tambah 2 chicken mazbi dan 1 lamb hanith. Memang begitu berselera makan di malam tersebut ditambah pula bila makan beramai-ramai, ianya lebih membangkitkan selera .

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 46

Mango Lassi. Secara peribadi memang susah nak cari mango lassi yang sedap di Klang Valley. Paling sedap pernah saya cuba di Restoran Insaf. Namun, mango lassi di Restoran Marhaba ini lebih sedap dan saya boleh katakan yang paling sedap di Malaysia yang pernah saya mencuba. Siap saya dan Cik Lily tambah satu gelas lagi mango lassi ini. Selain mango lassi, pelbagai minuman jus dan minuman ala-ala arab boleh diorder di sini.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 10

Suasananya memang santai. Kami memilih untuk ambil meja di luar sambil menikmati udara luar sepoi-sepoi bahasa. Nak berborak pun best di luar . Kurang mengganggu pengunjung lain kalau tercakap kuat . Most people suka duduk di dalam. Apapun, tepuk dada, tanya selera kan?

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 39

Berselera rakan-rakan bloggers makan. Rakan bloggers turut membawa ahli keluarga sekali. Lebih seronok bila makan beramai-ramai. Yang banyak boleh dikongsi-kongsi habiskan. Hehehe..

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 40

Smile, smile. Feedback rakan-rakan bloggers yang lain, semuanya boleh dikatakan bersetuju yang Restoran Marhaba ini antara restoran yang menyediakan makanan Arab antara yang terbaik di Malaysia.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 44

Sambil makan, sambil borak. Sambil makan sambil bergosip.Hehehe, gurau je. Suasana sebegini lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan. Wang ringgit boleh dicari. Sahabat yang baik, bukan mudah dicari.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 43

Suasana di dalam restoran. Ada yang untuk kerusi berdua, berempat, etc. Berdasarkan citarasa masing-masing.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 45

Playground turut disediakan di luar. Yerlah, Alisya misalnya, memang susah untuk makan. Jadi ada playground ini, bolehla dia buat aktiviti dia dan tidak merengek or mengganggu ibu/bapa bila tengah makan. Anak happy, ibubapa makan pun dengan lebih gembira. 

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 51

On special occassion i.e. Birthday, Kek birthday diberikan secara percuma.  Bukan main gembira tengok si Anak kecil ini memotong kek. Papa, itu kawan Alisya tau.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 61

Penutup juadah, Shahee Mula Ban @ teh lemak berkrim berherba. Ini favourite Cik Lily.

Overall, makanan di sini memang menepati citarasa kami. Memang sedap dan sudah pasti saya akan singgah lagi bersama keluarga lagi di lain masa.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 63

Layanan terbaik dari staff Restoran. Senyuman sentiasa menguntum dan mudah untuk bertanya. Kagum kerana ada dari kalangan pekerja berbangsa arab boleh berkomunikasi dalam bahasa melayu/english dengan begitu bagus. Jadi takdela barrier language di situ.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 65

Tempat bersila pun turut disediakan. Sesetengah orang lebih suka duduk bersila.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 82

Anak-anak pun senang bergerak ke sana ke mari kerana tempat bersila yang disediakan agak luas dan selesa.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 71

Fauziah Latiff, antara artis popular yang pernah menjejakkan kaki di restoran ini. Sayang, Isteri begitu meminati Fauziah Latiff. Next time kalau fauziah latiff datang sini lagi, inform2 la saya ya?

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 72

Ini pula, special/VIP room. Ada dua bilik yang boleh memuatkan lebih kurang 10 orang. Tempatnya yang lebih privacy siap ada toilet sekali di dalam bilik ini. Nak booking tiada extra charge dikenakan cuma follow “first come first serve” . Dinasihatkan datang booking 2-3 hari terlebih dahulu jika mahu booking vip room ini.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 75

Bolehla suatu hari nanti buat gathering rakan-rakan bloggers di sini kan?

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 74

Toiletnya pun agak bersih . Siap ada berus gigi dan ubat gigi jika mahu menggunakannya with no extra cost.

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 81

Promosi Istimewa untuk bulan Oktober-November 2013. Chicken Mandi hanya RM1 dengan syarat datang at least 3 orang. Kalau just nak order chicken mandi saja pun boleh . Tapi saya gerenti kalau korang singgah, mesti akan order makanan lain yang memang menyelerakan .

Kenyang perut , puas hati. Layanan terbaik. Juadah menyelerakan, suasana menggembirakan. Sedikit cadangan saya buat Restoran Marhaba :

1) Official website/Facebook diupdatekan dari masa ke semasa. Social media adalah antara “tools terpenting” dalam mempromosikan sesebuah restoran
2) Loyalty Card. Boleh kumpul point, menikmati diskaun istimewa ahli. Long term, mampu menarik loyal customers
3) Promosi secara berterusan dan berbeza setiap bulan
4) Special harga untuk special occasion i.e. Birthday, Anniversary etc

Restoran Marhaba Publica Solaris Dutamas 83

Rakan bloggers bergambar bersama pemilik bersama Restoran Marhaba, Encik Azlan. Masakan Arab terbaik saya berikan untuk Restoran ini. Overall rating , 9/10. Antara Restoran menarik untuk dikunjungi di Malaysia.

Restoran Marhaba kami kunjungi
Masakan Arab terbaik puas hati
Sudah pasti akan kunjungi lagi
Bersama keluarga dan sanak saudara sudah semesti

Map Marhaba Restoran Solaris DutamasRestoran Marhaba
Lot D1-G4-1, Level G4, Publika Solaris Dutamas
No. 1, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur
GPS coordinates : 3.171939,101.664184
Official website : http://www.marhabarestaurant.com.my/
No. telefon : 03 – 6207 8222
Waktu beroperasi : Setiap hari dari 11 pagi – 11 malam

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

54 thoughts on “Restoran Marhaba – Masakan Arab Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.