Reject Advertorial – Kredibiliti dan Kejujuran Lebih Penting

Reject Advertorial

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menolak Advertorial yang diproposekan direct dari Advertiser dengan nilai RM500 untuk satu entri selepas saya dapatkan feedback dari pembaca dan rakan-rakan dari Status FB INI dan entri INI . Antara sebab utama saya menolak peluang Advertorial ini :

1) Isteri rakan sepejabat sendiri memberikan respons negatif. Banyak hidden charge. Pengalamannya sendiri. Sudah membuat pembayaran 4 angka untuk lebih kurang 12 sesi. Sampai sesi ke 4, syarikat tersebut memaksa membeli produk bernilai ratusan ringgit sebagai syarat sebelum dibenarkan untuk ke sesi seterusnya. Sales officersnya sangat “Pushy” dan “I Will Make You and Offer that You Can’t Say No”

2) Antara syarat yang diberikan untuk blog entri :
” At last, we need the blogger to share the post on their blog ONLY with comment function DISABLED, we try to avoid any negative comment.
– Kenapa perlu takut negatif komen? Entri eyriqazz sebelum ini, tidak pernah eyriqazz disablekan komen jadi pembaca bebas untuk membeirkan feedback positif ataupun negatif berdasarkan pengalaman mereka. For me, it sound too fishy bila kena disablekan komen.

3) Google around, lebih banyak feedback negatif dari positif diberikan

4) Duit boleh dicari, Kredibiliti seorang blogger boleh hilang sekelip  mata andai tersilap langkah. Honestly, memang sudah banyak kali saya menolak tawaran sebegini yang saya rasakan tidak “Win-Win” antara saya dan pembaca.

P.s : Tepuk dada, tanya selera. Blogger pun ada “Social Responsibility” juga kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

13 thoughts on “Reject Advertorial – Kredibiliti dan Kejujuran Lebih Penting

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.