Rahsia Murah Rezeki

MURAH REZEKI  USTAZAH NOR BAHYAH

Selepas berkahwin dengan Isteri, saya cukup kagum dengan Ibu/Bapa Mertua saya. Saya perhatikan begitu murah rezeki mereka. Anak-anak yang boleh dikatakan berjaya, kedudukan ekonomi yang stabil, dan sudah beberapa kali menunaikan haji.

Kadang-kadang, saya tertanya juga, macam mana Ibu Mertua yang bekerja sebagai kerani dan Bapa mertua (Pencen kini, dulu bekerja sebagai Juruteknik) mampu mengumpulkan aset yang boleh saya katakan bernilai jutaan ringgit. Rumah yang dibina atas tanah yang dibeli sendiri, tanah, rumah sewa, barang kemas, dan pelbagai lagi. Rumah kedua kami pun, 10% deposit, kami membuat pinjaman dengan mereka.

Suatu hari, Isteri bertanyakan kepada kedua ibubapanya di depan saya :

Isteri : Mama, macam mana Mama dan Abah boleh banyak harta ya? Gaji Abah dan Mama takdela tinggi sangat.
Mak Mertua : Awak nak tahu Rahsia Murah Rezeki? Mama dan Abah amalkan sejak kami kahwin lagi.

Isteri : Apa dia Mama?

img_3330

Mama : Melakukan Ibadah Qurban. Mama dan Abah tidak pernah miss melakukan Ibadah Qurban setiap tahun sejak kami kahwin. At least, satu bahagian. Murah rezeki ambil 2-3 bahagian.

Malu juga saya bila mendengar kata Mak Mertua. Sejak saya bekerja dan berkahwin, tidak pernah lagi saya lakukan Ibadah Qurban. Isteri pernahla juga beberapa kali.  Tahun ini, saya memang berniat untuk berqurban, Alhamdulillah, dapat tunaikan niat tersebut dengan melakukan Ibadah Qurban dengan membuat Tempahan Qurban Secara Online di Kemboja .

Betul kata Mak Mertua, belum lagi saya membuat bayaran, kami dikejutkan dengan berita gembira Isteri memenangi Hadiah Grand Prize RM25,000 dan agak murah rezeki berblog bulan ini. Rezeki datang dari pelbagai cara. Kesihatan tubuh badan, anak-anak yang mengembirakan seisi keluarga, dan kewangan yang semakin memuaskan. Alhamdulillah, diri sendiri kini tidak perlu bergantung kepada kredit kad lagi.

P.s : Masih belum terlewat untuk melakukan Ibadah Qurban.  Jika ada rezeki lebih, bolehla buat Tempahan Qurban di http://bit.ly/qurbankemboja

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

29 thoughts on “Rahsia Murah Rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.