Penyeludupan Rokok Mengundang Parah

Kegiatan penyeludupan rokok secara haram semakin berleluasa. Video di atas, perkongsian berita tentang penyeludupan rokok di Sabah. Apakah bahayanya kegiatan penyuludupan rokok secara haram ini?

Antara kesannya, penjualan rokok ini digunakan untuk aktiviti jenayah seperti samseng, perah ugut, aktiviti pembiayaan dadah, dan pelbagai lagi. Kesannya turut dirasai oleh masyarakat.

Saya juga sendiri pernah mengalami pengalaman Pahit.  Rakan blogger terbaik saya, Arwah Je Jai juga turut menjadi mangsa penggunaan rokok haram. Sebelum dia meninggal kerana Kanser Paru-Paru, dia pernah cakap, dia banyak hisap rokok seludup kerana harganya yang lebih murah . Lebih murah, namun lebih membahayakan. Patah tumbuh, hilang takkan berganti, perginya meninggalkan anak-anak yang masih kecil yang masih memerlukan tempat bergantung. Al-Fatihah.

Arwah Ayah saya sendiri juga antara pengguna dan mangsa rokok seludup. Saya kehilangan Ayah tersayang di ketika anak-anak saya masih belum sempat untuk bermanja dengan Atuknya kerana rokok ini.

Saya tak sukakan Atuk saya menghisap rokok selalu, tapi saya tidak mampu melarang. Atuk tidak menghisap rokok seludup. Atuk seorang yang rajin berkebun dan mengamalkan gaya hidup yang sihat . Masih mampu menjadi yang menarik lembu untuk dikorbankan di Hari Korban. Indeed, rokok seludup lebih membahayakan kesihatan seperti apa yang terjadi kepada Arwah Ayah dan Arwah Je Jai.

Info –> Panduan Berhenti Merokok dalam 3 Minggu

Masih belum terlambat untuk kita menghentikan kes penyeludupan rokok haram ini. Buat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya kita tahu tentang kes penyeludupan rokok haram. Buat laporan tempat penjualan rokok haram. Sayangi Insan tersayang dengan bertindak “Menghapuskan Penjualan Penyeludupan Rokok Haram”

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

19 thoughts on “Penyeludupan Rokok Mengundang Parah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.