Hotel Review – Pengalaman di Hotel De Art Shah Alam

Ini semua gara-gara enti Mama Zharfan –> Review Hotel De Art Shah Alam Section 7 . Weekend lepas, saya menghadiri Seminar Momentum Perniagaan Internet. Isteri cakap dah dua minggu berturut-turut Papa pergi Seminar. Dah lama tak pergi bercuti. Spontan, Isteri suggest sambil Papa pergi Seminar, booking hotel dekat seminar tersebut sekali. Percutian + Seminar . Tak dapat jauh, dekat pun jadi. Inilah review dari saya.

Hotel De Arte Shah Alam 2

Tidak mahu mengecewakan Isteri dan anak-anak, saya pun bookingla Hotel De Art Shah Alam. Dari review MZ, nampak ianya menarik dan berjaya membuatkan kami berkata yes, not bad hotel ini.

Hotel De Arte Shah Alam 3

Hotel De Art is not just an ordinary hotel located in Seksyen 7, Shah Alam. This boutique hotel is Malaysia’s most creative and exciting lifestyle hotel, with 58 rooms designed around different Art themes like fairy tales, flowers & nature, movies, cities like Paris & New York, mystical Egypt, posh Europe and majestic China and even legendary superstars like Elvis Presley, Michael Jackson, Mickey Mouse, Hello Kitty, and even Lady GAGA!! Book now & discover our art themed hotel in Shah Alam. – About Us Hotel De Art Shah Alam

Hotel De Arte Shah Alam 4

Kami check in di Hotel around 3 pm. First time sampai, agak impress juga. Cantik pemandangan dan lokasinya yang agak strategik iaitu within 5-10 minit ke I-City Shah Alam dan Uitm Shah Alam .

Hotel De Arte Shah Alam 5

Harga bilik/Room Rate Hotel. Untuk kakitangan kerajaan, diskaun Rm10 diberikan. Kali ini, saya ambil dua katil single. Tukarkan dari katil 1 katil Queen ke 2 katil single . Harganya RM158 termasuk 2 breakfast di Hailam Kopitiam dan Welcome drink di Jendela Bali.

Hotel De Arte Shah Alam 26

Breakfast menu yang boleh dipilih. TIme ni Isteri order Nasi Lemak, eyriqazz pula order telur separuh masak dan roti. Boleh tahan juga rasanya .

Hotel De Arte Shah Alam 27

Welcome drink di Jendela Bali. Sempat order Durian Cendol , memang sedap.

Hotel De Arte Shah Alam 16

Potrait Mona Lisa.

Hotel De Arte Shah Alam 17

Keadaan bilik. Agak selesa, bersih dan menarik. Room kami bertemakan Elvis Presley.

Hotel De Arte Shah Alam 18

TV, meja turut disediakan. Saya pilih yang sebelah tingkat, menghadap Lake tempat Abang Ketak selalu jogging dan mengayat awek.

Hotel De Arte Shah Alam 21

Alisya tidur dengan Papa, Azim tidur dengan Mama ya? . Bukan main lagi seronok kedua-dua anak Eyriqazz. Percutian, satu kemestian bagi kami. Merehatkan minda dan menenangkan fikiran dari hirup piruk kota dan penat bekerja.

Hotel De Arte Shah Alam 22

Azim, nanti kita pergi jalan-jalan ya? Kakak nak pergi I-City, Mama nak beli telekung. Papa? Papa temankan je la..Hehehehe…

Overall, review saya, hotel ini memang nice dan best. Lokasi yang strategik, bilik yang bersih, suasana yang santai dan menenangkan.

Hotel De Arte Shah Alam 25

Hotel De Art Shah Alam
3, Jalan Kristal AS7/AS, Section 7
40000 Shah Alam,Selangor
No. telefon : 03-5518 0975
Website : http://hoteldeart.com.my

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Selangor or Shah Alam saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

 

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Hotel Review – Pengalaman di Hotel De Art Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.