Pembentangan Bajet 2014 – Ramalan Saya

bajet 2014
Pembentangan bajet 2014 akan diadakan pada hari Jumaat ini, 25 Oktober 2013. Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu, semestinya pengumuman ini dinanti-nanti oleh ramai pihak. Di media massa, isu seperti kenaikan kos sara hidup, harga rumah yang melambung tinggi, kadar jenayah yang semakin tinggi, kemudahan pengangkutan awam, kenaikan gaji kakitangan awam dan pelbagai lagi antara yang dibincangkan dan bakal diumumkan ketika pembentangan nanti.

Apakah ramalan saya berkenaan bajet 2014 ini? Ini adalah antara ramalan saya berdasarkan pembacaan, pengalaman, dan sembang di kedai kopi :

1) Goods and Services Tax (GST) bakal diperkenalkan
2) Kenaikan RPGT (Real property gain tax) bagi mengekang kenaikan harga rumah dan aktiviti speculator
3) Lebih banyak bajet diberikan untuk Kementerian Pendidikan
4) Bonus untuk kakitangan awam
5) Kenaikan harga minyak, gula dan beberapa barang keperluan lain tahun depan. Subsidy rationalisation
6) BR1M akan diteruskan dengan jumlahnya dinaikkan (Ehh, ke sudah diumumkan?)
7) Harga sesetengah kereta diturunkan
8) Kadar faedah (BLR) naik
9) Lebih banyak bantuan untuk golongan berpendapatan rendah
10) Insentif untuk syarikat besar
11) Last but not least, middle Income as always, tidak banyak insentif buat middle income dalam bajet ini

Kredit gambar : Bajet 2014 – Kadar Faedah perlu direndahkan

P.s : Apa pula pandangan anda tentang bajet kali ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Pembentangan Bajet 2014 – Ramalan Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.