Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti

Masih teringat lagi memori bersama Arwah Ayah. Di waktu kecil, ayah bawa saya naik vespa berjalan-jalan. Mak cakap, sayani susah tidur, arwah ayah selalu bawakan jalan-jalan naik motosikal waktu malam kerana selalu menangis taknak tidur. Dah bawa pusing satu kampung, barula senyap dan boleh tidur. Itulah kasih sayang seorang Ayah, sanggup lakukan apa saja untuk anak tersayang.

Yer, arwah ayah seorang yang garang. Namun dia tunjukkan kasih sayangnya dengan cara lain. Sifat tegasnya. Sebelum pukul 7 malam, walau ke mana kami keluar bermain, wajib ada di rumah. Malam, tidak boleh keluar rumah. Ikut ayah mengaji naik motosikal Suzuki bila saya sudah menginjak bangku sekolah. Masih ku ingat plat motosikal ayahku, BBQ 7586. Memori yang memang sukar dilupakan kami pergi ikut ayah belajar mengaji di waktu malam. Motosikal itu jugalah yang membawa kami ke sana ke mari. Yup, u never know what u have until you lost it.

rokok gudang garam

Mak, kenapa ayah suka hisap rokok? Mak, sedap sangat ke hisap rokok ni? . Rokok gudang garam @ rokok seludup dari Indonesia ini yang selalu dibeli oleh Arwah ayah. Yup, arwah seorang perokok tegar. Berbuih mak menasihatkan, namun ianya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.Rokok memang sukar untuk lari dari hidup ayah. Masa berlalu, ayah masih lagi dengan rokok gudang garam seludup yang saya pun tidak pasti dibeli dari mana.  – Kredit Picture Ieta Blog

Saya melanjutkan pelajaran ke luar negeri @ United Kingdom. Pulang ke Malaysia, kesihatan ayah semakin tidak memuaskan. Kami pergi ke Hospital Kerajaan untuk membuat ujian kesihatan. Tahun 2005 tak silap saya.

Doktor : Separuh paru-paru ayah awak sudah rosak. Simptom dari merokok. Ayah awak juga ada penyakit Tibi juga

Mahu gugur jantung saya ketika itu. Di kala saya baru mahu menjejakkan kali ke alam pekerjaan, berita yang menusuk jantungku. Penangan rokok gudang garam merosakkan saat bahagia kami. Arwah ayah mula berhenti merokok. Namun ianya sudah terlambat. Kesihatan ayah dari hari ke hari semakin kurang memuaskan. Pelbagai ubat dicuba, keluar masuk hospital, tukar darah etc… Pernah satu ketika ayah pengsan di rumah. Semakin hari badan semakin kurus. Dari badan yang gempal sehingga tersangatla kurus. Sayu mata saya memandang.

Kasih seorang ayah, walaupun sakit, ayah tetap hadir majlis kahwin saya yang ketika ini diadakan di Kelantan. Jarak dari Terengganu dan Kelantan bukannya dekat. Sebak bila saya memikirkan nasib ayah. Kenapa semasa kecil saya tidak begitu berani untuk memaksa ayah untuk berhenti merokok?. Sesal dahulu, sesal pendapatan, sesal kemudian ,tiada gunanya.

Ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya tahun 2010 ketika Alisya baru berusia 1 tahun lebih. Ketika masa ini, saya yang masih perlukan nasihat seorang ayah, Alisya kehilangan atuk tersayang. Patah tumbuh hilang tak berganti. Rokok, pemusnah. Dari detik itu, saya cuba untuk menasihatkan rakan-rakan yang merokok especially yang merokok rokok seludup. Murah namun lebih membahayakan. Betul, saya tidak faham jiwa seorang perokok. Betul saya tidak faham ketagihan seorang yang merokok. Namun, cubalah fahami hati dan perasaan kami  dan ahli keluarga tersayang yang masih memerlukan belai dan kasih sayang. Mencegah lebih baik dari mengubati kan?

Apa khabar bro Eyriqazz – First Event Nuffnang-
Asyik-asyik Ko yang pergi event n dapat itu ini…
Jom lepak2 kedai Mamak depan Ofis Nuffnang
Ehh, ko pergi tak Event XYZ?
Mat Tiger dah tunjuk belang
Alisya, nak sikit
Dah agak dah siapa yang menang
Sebab ko la ni orang ingat aku ni Je Jai Fasha Sandha
Bro, Aku disahkan ada kanser Stage 4
Minggu lepas aku muntah-muntah darah
Ni siapa ya?- Je Jai-

Perginya Seorang Sahabat , Arwah Je Jai seorang rakan blogger terbaik yang pernah saya kenali turut meninggalkan kami juga angkara rokok seludup. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Meninggalkan anak-anak yang masih kecil, bukannya sesuatu yang mudah bagi anak-anak arwah dan bekas Isteri.

rokok seludup utusan

Rokok murah tidak sah seperti John, Canyon, Luffman, etc, adalah diseludup oleh sindiket jenayah. Berhentilah menyokong penjenayah. Hubungi Jabatan Kastam di 1800 888855 untuk melaporkan penyeludupan rokok. 

denda-rokok-tak-sah (1)

Membeli Rokok Seludup, Ibarat menyokong kegiatan jenayah terancang. Nyawa menjadi tukaran, wang ringgit bertukar tangan, kegiatan jenayah semakin berleluasa, masyarakat yang menanggung akibatnya. Viral effect yang sangat menyakitkan.

Penalti juga boleh dikenakan keran memiliki atau menjual rokok seludup (Anda boleh dipenjarakan sehingga 2 tahun, atau denda RM10,000, atau kedua-duanya kerana memiliki/menjual rokok seludup) .

Yup, saya tidak faham perasaan seorang Perokok Tegar. Namun andainya Rokok Murah ini membawa gejala dan bala yang lebih besar, faham or tidak faham, fikir-fikirkan masa depan anak-anak kita di masa hadapan pula. Bukan senang untuk bertindak, mencegah lebih baik dari mengubati.

Rokok Seludup murah tapi penuh racun berduri
Bahagia diragut angkara rokok seludup saya ingat sampai mati
Insan tersayang sudah pergi meninggalkan kami
Patah Tumbuh Hilang Tidak Berganti

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

35 thoughts on “Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti

Leave a Reply to papa mifz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.