Kenapa Anda Perlu Refinance Rumah

Di mana boleh dapatkan informasi untuk Refinance rumah di Malaysia? Kenapa perlu refinance? Bank manakah yang menawarkan kadar yang paling menarik jika mahu refinance/pembiayaan semula pinjaman perumahan? Itulah yang bermain-main di fikiran saya ketika memikirkan untuk refinance rumah kedua kami.

 

Refinance Rumah

 

Sekarang, ianya lebih mudah. Laman Web IMoney.my menawarkan informasi berkenaan Alat Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan dan juga turut menawarkan informasi berkenaan pembiayaan semula dan juga perbandingan antara satu bank dengan bank yang lain dalam refinance kembali rumah. Normally, orang akan refinance rumah ada dua sebab. Sebab pertama untuk mengurangkan kadar pinjaman , mungkin disebabkan kadar yang ditawarkan kini jauh lebih menarik jika dibandingkan dengan kadar interest semasa membuat pinjaman perumahan sebelum ini. Sebab kedua, untuk dapatkan lebihan tunai. Biasanya dilakukan untuk mendapatkan “Aliran tunai” untuk tujuan tertentu i.e. deposit rumah seterusnya atau tidak mahu membuat pinjaman peribadi disebabkan kadar faedah yang lebih tinggi jika dibandingkan refinance rumah semula.

 

Kurangkan Pembayaran Bulanan

 

1) Kurangkan Pembayaran Bulanan
– Contoh diatas, dengan kadar faedah yang lebih menarik, penjimatan boleh dilakukan. I.e. untuk pinjaman bernilai RM200,000, jumlah bayaran bulanan dapat dikurangkan dari RM1,100 kepada RM984.00 berdasarkan kadar interest yang lebih tinggi sebelum ini .

* Info - 40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

 

Cash Refinance

 

2) Dapatkan Lebih Tunai
– Contoh di atas, pinjaman berbaki RM200,000 dan pinjaman diambil pada RM300,000 dengan lebihan cash sebanyak RM100,000. Informasi diberikan berkenaan bank yang menawarkan kadar terbaik dan juga jumlah pembayaran setiap bulan. Normally, pembayaran bulanan akan meningkat sekiranya refinance rumah adalah untuk tujuan mendapatkan lebihan tunai .


Pelbagai informasi lain juga turut boleh diperolehi berkenaan refinance rumah ini di laman web ini, antaranya Yuran dan Penalti, faedah, risiko, dan juga boleh terus memohon dari laman web tersebut tanpa perlu pergi ke Bank.

KLIK Untuk Dapatkan Rahsia Pinjaman Rumah

Tips berkenaan Pinjaman Perumahan , boleh refer di sini :
1)  Tips Mudah Lulus Pinjaman Rumah
2) Rahsia Pinjaman Rumah

 

Comments

  1. says

    baru baru ni bercadang nak refinance rumah ni juga… nak dapatkan tunai utk mulakan projek penanaman kelapa sawit kat tanah yang baru dibeli…tapi tak jadi. rumah ni tinggal 10 tahun lagi, sebulan rm 1400

    nak juga lah baca dan ambil tahu , kot2 berguna lain kali
    Kujie recently posted…Laporan Ketua Audit Negara 2012My Profile

  2. says

    So far, rumah2 x pernah refinance lagi.. hari tu niat nak refinance rumah bila harga market naik.. tapi… decide jual trus.. hehehe

    lepas ni boleh check out website tu untuk rujukan. :)

  3. says

    imoney.my memang bagus bro.. banyak info tentang kewangan.. sekarangkan rasanya ada rule baru BN nak refinane rumah.. kalau tak silap lebihan tunai yg kita ambil dah tak boleh nak pinjam lebih 10 tahun.. apa komen bro pasal kes ni..
    myvitrd recently posted…Selamat Hari Raya KorbanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing