Harga Kereta di Malaysia Mahal?

Betulke Harga kereta di Malaysia begitu Mahal? Apakah sebabnya? Tertarik dengan tajuk utama NST hari Ahad, “Are Malaysian Paying Too Much For Their Car”?

Harga Kereta di Malaysia Mahal 1

Antara informasi yang dikongsikan melalui Artikel ini antaranya :
1) Malaysia adalah di tangga kedua harga kereta paling mahal di dunia selepas Singapura. Dari segi ekonomi, rakyat singapura mempunyai purchasing power yang lebih tinggi dari rakyat Malaysia.
2) Pinjaman kereta menjadi penyumbang kedua Household Debt tertinggi untuk Rakyat Malaysia
3) Rationalization Subsidy tengah berlaku bagi mengikut keadaan ekonomi dunia, tapi kenapa harga kereta tidak mengikut pada harga pasaran
4) National Car Protection Policy (Proton) pada pandangan penulis perlu dikaji kembali . – Teringat pula entri rakan blogger , Proton Suprima S – Kereta Baru Proton Yang Terakhir? yang menerima respons yang agak menarik .

Harga Kereta di Malaysia Mahal 3

Juga dikongsi harga terkini kereta di Malaysia antaranya :
1) Toyota Corrola berharga RM113,000
2) Honda Civic 1.8MT berharga 1.8MT
3) Proton Preve, RM60,000

Harga Kereta di Malaysia Mahal 4

4) Honda CBR500 Non-Abs RM28,588
5) Dord Docus RM115,903
6) Mercedes Benz Cr250 RM296,888

Harga Kereta di Malaysia Mahal 5

Masa untuk menurunkan harga kereta ?  . Secara peribadi, saya merasakan harga kereta agak tinggi dan ianya merugikan ramai pihak especially golongan muda . Adik saya contohnya, Kereta lebih diperlukan jika dibandingkan dengan rumah. Faktor utama, lokasi tempat kerja dengan rumah sewa, keselesaan, dan public transport yang masih belum memuaskan. Hasilnya, semakin ramai golongan muda yang terikat dengan hutang/pinjaman  kereta dan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri ditambah pula kenaikan harga rumah kini pada kadar berkali ganda dari kadar inflasi malaysia setiap tahun.

# Tips – Rahsia Mudah Lulus Loan Rumah 

For me, masih banyak yang perlu diperbaiki, di Klang Valley misalnya, selain harga kereta yang mahal, pengguna juga perlu menanggung kos lain antaranya harga minyak yang semakin meningkat naik, tol, maintenance, insurans, dan pelbagai lagi. Mungkin suatu hari nanti, golongan bawah 35 tahun, hutang kereta akan menjadi hutang utama mereka??

Info –> 50 Tips Penjagaan Kereta Kekal “TipTop”!

P.s : Apa pandangan korang? Adakah harga kereta di Malaysia mahal ataupun sebaliknya?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Harga Kereta di Malaysia Mahal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.