Bajet Terbaik 2014

Bajet 2014 penjana ekonomi negara? Bajet terbaik di nanti-nanti oleh pelbagai pihak.Keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil memungkinkan pelbagai langkah tidak popular bakal dilakukan oleh kerajaan kali ini seperti menaikkan kadar tax, mengurangkan subsidi dan pelbagai lagi

Pembentangan Bajet 2014 akan diadakan hari ini, 25 Oktober 2013 .  Mampukah ianya menjadi bajet terbaik untuk memangkin ekonomi pada tahun 2014? Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti pengumuman bajet ini kerana ianya memberikan impak kepada seluruh golongan masyarakat .

Dalam pengumuman bajet negara, pengurusan bajet sendiri jangan dilupa. Merancang Bajet Terbaik untuk 2014 amatlah penting di dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Kos sara hidup yang semakin meningkat, kehendak yang semakin bertambah, ahli keluarga yang mungkin bakal bertambah mungkin memeningkan ramai pihak lebih-lebih lagi jika apa yang diumumkan ketika bajet nanti tidak banyak membantu.

Generasi Gen Y seperti saya, bajet terbaik adalah bajet yang mengambil kira banyak faktor dan isu. Bukan dari sudut ekonomi negara sahaja tapi turut dari sudut ekonomi rakyat jelata yang mampu memberikan “menang-menang’ kepada semua pihak. Rakyat gembira tentu masyarakat lebih berusaha menaikkan ekonomi diri sendiri dan end result pastinya membantu ekonomi negara.

Antara wish list Generasi Gen Y untuk bajet 2014 ini antaranya :

1) Rumah yang mampu milik. Kesian tengok rakan-rakan yang kini tercari-cari mencari rumah kediaman. Harga dalam masa 5 tahun kenaikan hampir 100% di sesetengah tempat
2) Kemudahan pengangkutan awam diperbaiki
3) Hapuskan rasuah dan kronisme
4) Peluang pekerjaan
5) Training dalam bidang mempelajari tentang selok belok perniagaan i.e. Perniagaan melalui Internet. Teach people to fish
6) Bantuan Belanja Kahwin (Ini wish list Boni Kacak) ..Hahaha…
7) Sila sambung

Terbaik bagi sesetengah pihak  mungkin bukan terbaik bagi sesetengah pihak yang lain. Bajet sebelum ini, boleh dikatakan terbaik untuk golongan berpendapatan rendah i.e. dengan BR1M etc namun ianya tidak menepati dan kena dengan selera golongan berpendapatan sederhana/middle Income.

2014 bakal menyusul, banyak perancangan peribadi disusun. Bajet peribadi perlu selari menempuh arus globalisasi dan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara alternatif, rajin-rajinkan dan berusaha untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau buat kerja dari rumah. Tak susah kalau rajin berusaha. Ada yang mampu menjana pendapatan lebih dari pendapatan sepenuh masa.

Apakah pula pandangan anda tentang bajet kali ini? Mampukah ianya mengubah gaya hidup pada tahun hadapan dan menjadikannya ianya yang terbaik? Kita nanti-nantikan apa yang bakal jadi 2014 nanti. Kita tidak mampu mengubah apa kerajaan lakukan, namun kita mampu mengubah ekonomi diri sendiri.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

23 thoughts on “Bajet Terbaik 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.