Alisya Nak Tukar Sekolah

DSC05672

Isteri : Papa, Alisya cakap Alisya nak tukar sekolah.
Eyriqazz : Kenapa?

Isteri : Alisya cakap kawan-kawan taknak kawan dengan Alisya

Eyriqazz : Alisya, kawan-kawan taknak kawan dengan Alisya?
Alisya : Haah, Fatiha je yang nak kawan dengan Alisya.

Sedih pula bila dengar luahan hati seorang anak yang baru berusia 4 tahun. Kenapa taknak kawan dengan Alisya? Setahu eyriqazz, alisya tak nakal, dia takdela suka mengacau orang ,etc…

Eyriqazz :Cikgu, Alisya ok ke kat sekolah?
Cikgu : Ok je…

Eyriqazz : Tapi, kenapa Alisya cakap kawan-kawan taknak kawan dengan dia?
Cikgu : Ummm..Nanti saya tengokkan….

Serba salah juga dibuatnya..Yerla, tak seronok kalau anak tak seronok pergi sekolah. Hari ini pun sugul je dia. Nak turun dari rumah pun nak Papanya dukung kan…

P.s : Umm, Ibu/Bapa, any idea? Apakah yang patut saya lakukan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

28 thoughts on “Alisya Nak Tukar Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.