Underwater World Langkawi

Salah satu tempat menarik di Langkawi yang kami kunjungi ketika Bloggers FAM Trip yang lepas adalah UnderWater World, Langkawi. Lokasinya terletak di Pantai Cenang dan dibuka setiap hari dari pukul 10pagi sehingga 6 petang. Harga tiket masuk adalah RM28 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak (With MyKad). Tanpa mykad, tambahan sebanyak RM10 akan dikenakan.

 Pelbagai haiwan boleh ditemui di sini. Antaranya burung-burung yang cantik. Ini kali kedua saya singgahi UnderWater World ini. Kali pertama, ketika percutian bersama keluarga beberapa tahun yang lepas.

Ikan-ikan pun banyak di sini. Pelbagai jenis ikan yang menarik hati. Owhh, memancing tidak dibenarkan. Hehehe, just kidding.

 Kalau nasib baik, berkesempatan jumpa Ikan Duyung langkawi yang cantik. Gurauje. Being a bloggers, kamera mesti di bawa ke mana-mana kan?. Let’s me introduce :

Duyung Pertama – Yuyu Zulaikha 
Duyung Kedua – Nisa Kay


Ini salah satu binatang menarik di sini, monyet terkecil @ Marmoset. Comel dan kiut je.

Sang Penguin. Teringat pula cerita Madagascar. Comel je aksi-aksi penguin di sini.


Pelbagai hidupan laut boleh dilihat disini. Antara pari-pari, anjing lauit, penguin, udang berwarna biru dan pelbagai lagi. Kalau bawa anak-anak dan keluarga, tentu lebih menyeronokkan.

FAM Trip di Langkawi, memang banyak berjalan dan agak memenatkan especially jadualnya yang agak padat. Berjalan ke sana ke mari, kasut yang elok amatlah penting. Time camni, rasanya nak kena cari kasut baru untuk berjalan lagi nanti. Surfing around, nampak pelbagai koleksi kasut yang menarik boleh dibeli di Zalora Malaysia dengan pelbagai pilihan yang menarik serta harga yang berpatutan. Bolehla beli satu camni, plan bulan December nanti ingin bercuti di Pulau Langkawi lagi.

Owh ya, sedikit cadangan buat UnderWater World Langkawi :
1) Kurangkan harga tiket. Rm28 tu rasanya masih mahal. Banyak lagi tempat menarik di Langkawi yang mahu singgah lagi.
2) Kurangkan some harga i.e. gambar yang diambil oleh staff di dalam. Satu keping RM10+ kalau tak silap. Kejar volume, tentu ramai yang berminat.
3) Website rasanya masih tidak berapa user friendly. Laburkan la sedikit duit untuk ianya nampak lebih profesional dan mudah untuk pengguna melayari mencari informasi berguna.

Geng-geng bloggers yang turut serta. Walaupun penat, muka tetap ceria. Sebabtu semakin ramai syarikat yang suka engage bloggers untuk trip sebegini. Info lanjut berkenaan Underwater World bolehla layari laman webnya di http://www.underwaterworldlangkawi.com.my.

# Some pictures Credit to Tianchad.Com .

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Pulau Langkawi saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Underwater World Langkawi

Leave a Reply to mz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.