Surat Buat PM dari Siti Hajar Aladin

Siti Hajar Aladin

Saya begitu tertarik dengan entri yang dihasilkan oleh Siti Hajar Aladin, surat buat Perdana Menteri yang bertajuk Surat Buat Dato’ Seri Najib Razak , saya kongsikan serba sedikit apa yang ditulisnya di bawah ini :

” Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?” .

Untuk bacaan lanjut, bolehla singgahi di entri penulis tersebut di Surat Buat Dato’ Seri Najib Razak

* Kredit picture – Bukan Sebarang Anak Jerung

Pandangan peribadi, banyak juga betulnya apa yang ditulis oleh Saudari Siti Hajar, suatu realiti yang perlu diharungi oleh golongan muda especially bagi yang mula berjinak-jinak dengan alam pekerjaan. Realiti kehidupan di kota raya dengan kos sara hidup yang makin meningkat di tambah viral effect kenaikan sesuatu “barangan asas” turut menaikkan barangan yang lain. Lebih teruk, apabila ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati dan menjadikan alasan kenaikan harga minyak misalnya untuk mereka turut menaikkan harga barang.

Buat Saudari Siti Hajar, saya kagum dengan surat yang dihasilkan. Beauty with the brain, dan berani untuk meluahkan pendapat dengan hujah-hujah yang bernas . Harap-harap PM membaca surat tersebut dan cuba untuk lebih fahami permasalahan di akar umbi.

P.s : Pembentangan Bajet 2014 semakin hampir, apakah agaknya yang bakal diumumkan kali ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

22 thoughts on “Surat Buat PM dari Siti Hajar Aladin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.