Sudah Daftar WordPress Master Class

WordPress Master Class

Ramai yang mahu menjana pendapatan dengan blog, tapi tidak ramai yang sanggup melaburkan wang ringgit mencari ilmu bagi memperbaiki prestasi dan hasilnya menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan berblogging. Ini antara jawapan yang biasa didengar kenapa tak boleh join seminar etc :

1) Tiada Masa
2) Duit tak cukup nak bayar. Mahal la RM350
3) Ada aktiviti lain. Susah anak-anak takde orang nak jaga
4) Jauh,tiada kenderaan nak pergi
5) Weekend. Nak pi pekena Nasi Lemak Lauk Kerang. Hehehe, just kidding…

Umm, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Myself pun, kalau diikutkan susah juga nak join Seminar sebegini. Kosongkan fikiran, kosongkan jadual waktu tersebut. Cari alasan untuk ‘free’ kan masa tersebut dan hasilnya saya sudah Daftarkan diri sendiri untuk WordPress Master Class anjuran Denaihati Network untuk sesi 22 September 2013 nanti . Bukan Insentif yang ditawarkan menjadi punca utama join, namun ingin memperbaiki prestasi dan ilmu berkenaan WordPress menjadi faktor utama daftarkan diri. Wang ringgit boleh dicari, ilmu berguna dan sifu yang bagus, pandai-pandaila cari. Alhamdulillah, selepas join WordPress Junior Class, banyak ilmu yang telah saya dapat praktikkan, dan jujur saya katakan, dengan ilmu tersebut saya mampu menjana pendapatan yang agak memuaskan dengan blog.

P.s : Jom sama-sama join WordPress Master Class boleh kita berkongsi-kongsi ilmu blogging juga nanti.

P.s.s : Siapa cakap tak boleh buat Duit dari Rumah?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

14 thoughts on “Sudah Daftar WordPress Master Class

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.