Soalan Tentang Loan Bank Rakyat

Soalan berkenaan pinjaman bank rakyat, apakah requirement untuk lulus pinjaman?

Saya menerima e-mail dari seorang pembaca bertanyakan soalan berkenaan loan Bank Rakyat seperti e-mail di atas. Masalah yang lebih kurang sama dengan Masalah dengan Pinjaman Peribadi dan Kredit Kad . Saya copykan e-mailnya di bawah ini :

” Assalamualaikum. saya baru lepas baca blog saudara. banyak soalan tentang loan bank rakyat yg saudara bincangkan.saya dalam belengu sekarang ni dan memohon pandangan saudara. saya nak buat personal loan bank rakyat. tujuan saya nak buat loan ini adalah kerana nak overlap easy by rhb dan 2 kredit kad. masalah saya, rhb tu tertunggak 4 bulan (saya pinjam bagi pihak kawan dan dia x berupaya bayar ansuran bermula jun lepas)- saya dah settlekan utk 3 bulan tunggakan semalam (sabtu 21/9/2013) sbb org bank rhb cakap kalau x bayar semalam, surat saman akan dikeluarkan.

kredit kad pun ada tunggakan (tunang saya pakai kredit kad saya) kadang2 bayar lebih, kadang2 bayar kurang. perihal gaji.. saya gov servant.. gaji kasar rm3779. potongan dlm pay slip jauh lagi nak sampai 60% itu pun dah siap tolak rumah. commitment luar selain 3 keadaan di atas cuma ada kereta dgn cimb.tolong jawab soalan saya.. agak2 bank rakyat luluskan x? potongan ansuran melalui biro angkasa kan? saya nak bayar personal loan satu ni je la.. sbb saya rasa sekarang saya menanggung interest yg sgt tinggi..tolong bagi pandangan.”

Saya ada ajukan permasalah dia di Facebook Eyriqazz , antara pandangan dan komen yang diberikan :

1) Gov servant xde mslh kot klu nk wat loan tp mcm dh byk komitmen. Erk. Blm kawin dh bg kad kredit kt tunang? Pastu tlg byrkan? Erk erk erk….

2) rasanya org gomen takda masalah kot nak buat loan.. gi je bincang dengan bank rakyat..

3)  Boleh. Ckp kat bank rakyat nak settlekan kad kredit dan loan. Diorang akan keluarkan cheque utk kad kredit dan loan tu.

4) Baik hati btl dy ni, byk membantu.huhu

Ok, Ini pula pandangan dan cadangan dari saya :

1) Cuba selesaikan tunggakan kredit kad terlebih dahulu. Dapatkan statement untuk kesemua pinjaman dan juga kredit kad.
2) Jumpa personally staff Bank Rakyat. Cakap tujuan loan peribadi dan kalau bank rakyat agak hesitant, boleh convincekan diorang yang Bank Rakyat boleh issuekan cek atas nama bank kredit kad dan personal loan sebelum ini.
3) Kalau ada side Income lain i.e. berniaga kecil-kecilan, boleh masukkan sekali statement or prove of Income ini.
4) Cuba dan try dulu. Kalau based on story ‘rasanya loan boleh diapprovekan oleh Bank Rakyat”. Salah satu sebabnya potongan sudah dibuat melalui potongan gaji. Kemungkinan ditolak itu mungkin ada.

Menyentuh soal peribadi, cadangan saya :
1) Jangan mudah percayakan kawan especially bak2 duit ini. Pengalaman jadi “Ah Long” dulu, sedangkan adik beradik pun boleh culas membayar, inikan pula kawan.
2) Tunang – Kena hadiri or pelajari financial planning. Personally,  cara tunang adik bayar acuh tak acuh kredit kad orang lain bukan satu contoh yang bagus.

Semoga jawapan saya mampu menjawab persoalan. Buat rakan-rakan pembaca, kalau nak apply Loan, pelajari dulu teknik dan Tips untuk memudahkan Loan Approve. Antara yang eyriqazz rekomenkan boleh dapatkan panduan dari Tips Lulus Loan Rumah dengan Mudah. Pelbagai tips menarik dikongsikan berdasarkan pengalaman peribadi penulis tersebut membuat pinjaman Loan rumah dengan jumlah keseluruhan bernilai jutaan ringgit.

[+] Rahsia Senang Mendapat Pinjaman

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Soalan Tentang Loan Bank Rakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.