Seri Mutiara Setia Alam dari SP Setia

Mula-mula kena racun dengan Mat Joe untuk projek Seri Mutiara Setia Alam , dari SP Setia iaitu salah satu pemaju yang agak ternama dan mempunyai reputasi yang tinggi di Malaysia . Projek ini nampak agak menarik dengan harganya pun boleh dikatakan agak berpatutan iaitu around RM248K+ untuk unit apartmert berkeluasan 939 sq feet yang mempunyai tiga bilik. Lokasinya pun agak strategik. Umm, nak mencuba or tidak ya? Balloting mulai 25-28 September 2013 dengan bank draft RM5,000 untuk melayakkkan masuk ballot.

Seri Mutiara Setia Alam. Credit picture http://ariffshah.com/sp-setia-seri-mutiara-setia-alam-balloting/

Sudah mula rasa agak menarik. Surfing around, salah seorang rakan blogger iaitu Ariffshah turut keluarkan entri SP Setia Seri Mutiara Setia Alam Balloting, yang dia juga akan akan turut cuba membeli apartment ini. Terus saya tanyakan Sifu Hartanah saya, dia pun mengatakan ini projek yang agak menarik dan berbaloi. 2-3 hari juga yang cuba untuk meyakinkan Isteri untuk projek ini yang mana kalau ianya menjadi kenyataan, bakal menjadi Hartanah Ketiga kami. Alhamdulillah, isteri bersetuju dan pendekkan cerita :

Bank Draft Seri Mutiara Setia Alam

 

Bank draft bernilai RM5,000 sudah ready atas nama Bandar Setia Alam Sdn Bhd. In Shaa Allah, besok akan ke pejabat untuk turut serta masuk ballot. Kalau dapat, Alhamdulillah, rezeki. Kalau tak dapat, mungkin bukan rezeki kami. Topik Projek ini mendapat feedback yang agak menarik di Forum Lowyat dengan boleh saya katakan ramai yang masuk ballot untuk unit hartanah ini.

Info menarik –> Tips Mudah Lulus Loan Rumah . Tips ini boleh juga diaplikasikan untuk Loan Kereta dan Personal Loan.

Tarikh ballot pada 1 Oktober 2013 nanti. Doa-doakan kami berjaya untuk memiliki unit hartanah Seri Mutiara ini. Salah satu long term plan untuk keluar dari “Rat Race”. Info lanjut pasal hartanah ini bolehla baca di entri SP Setia Seri Mutiara Setia Alam Balloting .

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

11 thoughts on “Seri Mutiara Setia Alam dari SP Setia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.