Sate Zainah Ismail Sangat Sedap

Ini semua gara-gara entri INI . Minggu lepas sempatlah singgah di Sate Zainah Ismail, Dato’ Keramat. Lokasinya tak jauh dari Esso/Petron dan LRT Damai. Isteri tetiba nak makan sate, so teringat pula entri rakan blogger, terus saya terjah.

Sate ayam. Serius sangat sedap. RM1 secucuk. Time matjoe pergi tahun 2011, masih RM0.70. Inflasi. Takperlah, yang penting sedap.

Sate daging. Serius sedap juga. Dalam banyak-banyak sate daging yang pernah saya try, rasanya Sate Daging Zainah Ismail ini yang paling sedap.

Rajin pakcik membakar. Kesihatan kena diutamakan. Bakar-bakar.

Jemput makan, jangan malu-malu. Excited punya order 20 cucuk. Hehehe….

Suasana ala-ala kampung. Teringat kampung halaman. Bukan main lagi Azim suka makan sate ayam .

Sate Zainah Ismail
3437 Jalan Keramat,
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4256-9973‎

Bolehla juga baca review dari Foodblogger Popular Malaysia — Sate Zainah Ismail Best Satay In Town @ Jalan Keramat, KL, gambar-gambar di sana lebih menggiurkan dan menyelerakan. Nyam2, next time bolehla singgahi lagi.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

33 thoughts on “Sate Zainah Ismail Sangat Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.