Hotel Review – Holiday Villa Subang Jaya, Selangor

2 minggu lepas, kami dijemput oleh Hotel Holiday Villa Subang Jaya, Selangor untuk menginap di sana sambil memberikan pandangan/review berkenaan hotel tersebut. Ini adalah kali pertama kami singgahi hotel ini.

Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 3 petang. Check in di Business Centre. Staff di hotel ini agak peramah dan mesra pelanggan. First impression, impress.

Fresh orange turut diberikan. Banyak orang mengantuk disorongkan bantal, kami minum.

Inilah bilik yang diberikan kepada kami. Corporate Deluxe room, 1814, tingkat 18. Harga menginap di bilik sebegini adalah lebih kurang RM600+ semalam. Biliknya agak cantik, susunannya agak kemas, dan nampak ‘welcoming”.

TV, Complimentary Internet, Soda, LAN point, soket yang banyak. Memang kalau datang bercuti ataupun atas urusan kerja, berpuas hati. Selain itu, peti sejuk, seterika, almari turut disediakan. Dalam almari juga turut disediakan. Telefon di dalam bilik bagi memudahkan jika ada sebarang permasalahan.

Suasana dari tingkat 18, mengadap kolam kecil dan kondominium. Sejuk mata memandang, ada lagi kehijauan .

Doorgift. Isteri nampak terus simpan dalam bag. Hehehe…

Tandas. Agak bersih dan met our expectation.

Swimming Pool bersaiz Olimpik dan 3 kolam kecil untuk kanak-kanak turut disediakan. Mengadap “Lake” , agak menarik pemandangan. Sambil santai-santai swimming pool, boleh order makanan. In term of harga, faham-fahamla harga di hotel.

Anak-anak dan bapa riang gembira mandi swimming pool. Sempat terjun di tempat yang lebih dalam. Nice juga.

Mahu pergi mana? Sign board ada. Turut disediakan kemudahan security bagi wanita yang datang berseorangan yang memerlukan bantuan untuk ke tempat parking kereta. Precaution measure yang bagus pada pandangan saya. Sepatutnya semua hotel ada kemudahan sebegini.


Kalau bosan-bosan boleh la main boling. Owhh, ya satu lagi kelebihan hotel ini adalah lokasi nya yang agak strategik iaitu tidak jauh dari Sunway Lagoon dan Empire Shopping Gallery, antara tempat shopping terkemuka di Malaysia.

Jom gym. Hehehe, next time kalau dijemput boleh singgah sini.

Kami dinner di Palm Terrace Coffee House. Makanan waktu dinner memang sangat sedap especially desertnya. Bubur gandum siap eyriqazz tambah dua kali.

Main course nya juga tidak mengecewakan. Untuk makanan dinner, eyriqazz kasi rating 9/10.

Harga buffet di Palm Terrace Coffee House.

Satu part yang saya suka pasal bilik di hotel ini, kemudahan soket yang banyak. Normalla skang ni, satu keluarga ada 3-4 gadget. Senang nak chargekan alat elektronik, tidak perlu nak bawa extension.

Jom tengok tv dulu sebelum tidur. Anak-anak, kartun yang menjadi pilihan. Sempatlah juga layan games Malaysia vs Kemboja.

Baby cot juga disediakan upon request with no extra charge. Agak-agak baby cot ini untuk siapa?

Hehehe, nyenyak azim tidur atas katil yang empuk.

Kakaknya pula teruja tidur di dalam baby cot. My baby girl.

Breakfast. Umm, for me, breakfast di sini tidak begitu banyak pilihan dan in term of rasa, hanyalah average.

Sampai pukul 9.30 pagi. Ada beberapa menu sudahpun habis dah lambat refill. Overall, breakfast eyriqazz berikan rating 7/10.

Santai dulu sebelum check out. Check out pukul 12 tengah hari. Normally, boleh minta extension 30 minit etc upon discretion of the hotel.

Nak check out, banyak beg. Panggil je staff dia. Datang dan bawakan barang sampai ke Lobi. Staff nya pun agak peramah. Asyik tersenyum dekat Alisya dan Azim.

Ruangan Lobi. Kemas dan selesa.

Overall experience :
# Sangat berpuas hati. Rating 8.5/10
# Staff yang sangat peramah. Siap ada yang tanya, awak ni bloggers ke?
# Kemudahan yang pelbagai. Takdela boring sangat kalau malas nak keluar kan?

Cadangan :
# Official website Hotel Holiday Villa Subang perlu diperbaiki. Masih belum cukup user friendly.
# Tak sempat nak pusing habis. Kalau bagi 2 malam, tentu lebih menyeronokkan
# Join venture dengan syarikat travel agent untuk menarik lebih ramai pelanggan
# Testimoni dan review dari bloggers turut dimasukkan di dalam website. Juga boleh masukkan testimoni TripAdvisor , Agoda Malaysia etc.

Happy Moments di Hotel Holiday Villa Subang. Next time, jemput kami lagi ya?

Untuk tempahan Hotel Holiday Villa Subang, Selangor , bolehla tempah di laman web Agoda.Com

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Selangor saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

20 thoughts on “Hotel Review – Holiday Villa Subang Jaya, Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.