Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja

Qurban

Hari Raya Aidiladha bakal menjelma tak lama lagi. Sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah di musim perayaan ini. Surau-surau dan masjid-masjid tentu banyak lembu, kerbau, dan kambing bakal dikorbankan sempena bulan mulia nanti. Ibadah Qurban, satu ibadah yang amat dituntut untuk umat Islam especially bagi yang berkemampuan. Apa kata kali ini berqurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja dengan Equrban? . Umat Islam di Kemboja adalah minoriti di negara sana. Kebanyakan dari mereka dari golongan miskin dan sederhana. Makanan seperti daging lembu adalah suatu “makanan mewah’ bagi mereka.

Lain pula di Malaysia ini. Setiap kali korban, rumah saya di kampung misalnya, penuh dengan daging korban. Kadang-kadang sampai tak muat peti sejuk untuk dimasukkan daging korban yang disumbangkan. Ada pula jiran-jiran, siap ada yang buat sate daging, jemput rakan-rakan kerana lebihan daging qurban yang banyak untuk diagih-agihkan. Satu surau di kampung di Terengganu, normally lebih dari 5 ekor lembu disembelih untuk Ibadah Qurban setiap tahun. Kalau di masjid, jumlahnya lebih besar.

img_3330

Teringat kenangan semasa sesi Promosi Equrban beberapa tahun yang lepas, seorang ustaz dari kemboja di datangkan khas untuk event ini.Walaupun makanan banyak, ustaz tersebut tak makan banyak. Bila ditanya, kenapa ustaz tak tambah makanan? Katanya, bila dia nampak makanan yang banyak itu, dia terkenang anak-anak murid dan Umat Islam di Kemboja yang masih boleh dikatakan majoritinya miskin. SUmbangan dan daging Qurban , mampu mereka simpan berbulan-bulan lamanya. Inilah makanan mewah bagi mereka.

Antara sebab lain kenapa disarankan melakukan Ibadah Qurban di Kemboja :

1) Membantu umat Islam di Kemboja yang lebih memerlukan
2) Membantu ekonomi Umat Islam kemboja. Ibadah Qurban yang dilakukan oleh Equrban , ianya adalah satu-satunya syarikat yang menternak lembu di Kemboja untuk Qurban dengan menggajikan penduduk Islam tempatan Kemboja untuk menternak lembu dan kambing tersebut untuk ibadah qurban. Berapakah Harganya untuk melakukan Ibadah Qurban melalui Equrban ini :

Qurban dan Aqiqah 1) 1 Bahagian lembu berharga RM250
2) 1 ekor kambing berharga RM550
3) 1 Ekor Lembu berharga RM1,750

Harganya rasanya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga semasa di Malaysia. Teringat masa nak buat Aqiqah untuk Azim last time, harga seekor kambing adalah lebih kurang RM600-Rm750 seekor.

img_3434 Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :

  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban

Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. In Shaa Allah, niat kita untuk berqurban/aqiqah di samping membantu umat Islam di Kemboja semoga dirahmati Allah. Info Lanjut berkenaan Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja  bolehla layari laman web eQurban.com ataupun Facebook Equrban

 

Untuk Tempahan Qurban tahun 2014, boleh refer entri ini –> Program Ibadah Qurban/Aqiqah Hari Raya Qurban 2014

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

15 thoughts on “Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja

Leave a Reply to Rina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.