Eyriqazz.com

Great Teacher Onizuka

  • Home
  • Contact Me
    • Achievement
  • Family
    • Alisya
    • Azim
  • Food
    • Restaurant Review
  • Travel
    • Travel
    • Hotel Review
    • Cari Hotel Murah
    • homestay review
    • Tempahan Airbnb
  • Informasi
    • contest
    • event
    • gadget review
    • kereta
  • Tips
    • Tips Blogging
    • tips kewangan
    • tips pelaburan hartanah
  • Pengiklanan
  • Archives

Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja

19 September 2013 by eyriqazz 15 Comments

Qurban

Hari Raya Aidiladha bakal menjelma tak lama lagi. Sudah pasti ramai yang sudah merancang untuk melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah di musim perayaan ini. Surau-surau dan masjid-masjid tentu banyak lembu, kerbau, dan kambing bakal dikorbankan sempena bulan mulia nanti. Ibadah Qurban, satu ibadah yang amat dituntut untuk umat Islam especially bagi yang berkemampuan. Apa kata kali ini berqurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja dengan Equrban? . Umat Islam di Kemboja adalah minoriti di negara sana. Kebanyakan dari mereka dari golongan miskin dan sederhana. Makanan seperti daging lembu adalah suatu “makanan mewah’ bagi mereka.

Lain pula di Malaysia ini. Setiap kali korban, rumah saya di kampung misalnya, penuh dengan daging korban. Kadang-kadang sampai tak muat peti sejuk untuk dimasukkan daging korban yang disumbangkan. Ada pula jiran-jiran, siap ada yang buat sate daging, jemput rakan-rakan kerana lebihan daging qurban yang banyak untuk diagih-agihkan. Satu surau di kampung di Terengganu, normally lebih dari 5 ekor lembu disembelih untuk Ibadah Qurban setiap tahun. Kalau di masjid, jumlahnya lebih besar.

img_3330

Teringat kenangan semasa sesi Promosi Equrban beberapa tahun yang lepas, seorang ustaz dari kemboja di datangkan khas untuk event ini.Walaupun makanan banyak, ustaz tersebut tak makan banyak. Bila ditanya, kenapa ustaz tak tambah makanan? Katanya, bila dia nampak makanan yang banyak itu, dia terkenang anak-anak murid dan Umat Islam di Kemboja yang masih boleh dikatakan majoritinya miskin. SUmbangan dan daging Qurban , mampu mereka simpan berbulan-bulan lamanya. Inilah makanan mewah bagi mereka.

Antara sebab lain kenapa disarankan melakukan Ibadah Qurban di Kemboja :

1) Membantu umat Islam di Kemboja yang lebih memerlukan
2) Membantu ekonomi Umat Islam kemboja. Ibadah Qurban yang dilakukan oleh Equrban , ianya adalah satu-satunya syarikat yang menternak lembu di Kemboja untuk Qurban dengan menggajikan penduduk Islam tempatan Kemboja untuk menternak lembu dan kambing tersebut untuk ibadah qurban. Berapakah Harganya untuk melakukan Ibadah Qurban melalui Equrban ini :

Qurban dan Aqiqah 1) 1 Bahagian lembu berharga RM250
2) 1 ekor kambing berharga RM550
3) 1 Ekor Lembu berharga RM1,750

Harganya rasanya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga semasa di Malaysia. Teringat masa nak buat Aqiqah untuk Azim last time, harga seekor kambing adalah lebih kurang RM600-Rm750 seekor.

img_3434 Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :

  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban

Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. In Shaa Allah, niat kita untuk berqurban/aqiqah di samping membantu umat Islam di Kemboja semoga dirahmati Allah. Info Lanjut berkenaan Ibadah Qurban dan Aqiqah Secara Online di Kemboja  bolehla layari laman web eQurban.com ataupun Facebook Equrban

 

Untuk Tempahan Qurban tahun 2014, boleh refer entri ini –> Program Ibadah Qurban/Aqiqah Hari Raya Qurban 2014
 
Tweet

Anda mungkin menggemari artikel berikut


  1. Tempahan Qurban Secara Online
  2. Hari Terakhir Tempahan Qurban di Kemboja, Mekah dan Indonesia
  3. Program Ibadah Qurban/Akikah Hari Raya Qurban 2014
  4. Pesanan Korban Secara Online
  5. Tempahan Qurban Sudah Ditutup?

Filed Under: informasi Tagged With: equrban, ibadah qurban di kemboja, qurban 2013, qurban di kemboja, qurban secara online, tempahan qurban 2013

Comments

  1. Mohd Shubhi says

    19 September 2013 at 12:44 pm

    Insyallah, sama-sama kita meriahkan aktiviti kurban di Kemboja nanti.
    Mohd Shubhi recently posted…Kisah kereta Volvo seorang usahawan #2My Profile

    Reply
  2. ieda says

    19 September 2013 at 12:54 pm

    semoga ibadah qurban kita diterima Allah…
    utk yg buat di Malaysia…harapnya janganlah sampai membazir….sebelum sembelih tu rancangkan dengan baik supaya semua daging dapat diedarkan dgn sempurna…selalu sgt tgk org buat kenduri korban tapi tak habis makan…buang saja lauknya ke tanah…..so sad.
    ieda recently posted…DAH ELOKMy Profile

    Reply
  3. titan says

    19 September 2013 at 3:17 pm

    yahhh..mari berkorbannn..
    titan recently posted…Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.comMy Profile

    Reply
  4. MrJocko says

    19 September 2013 at 5:15 pm

    berkorban jiwa dan raga,,, harta pun sama
    MrJocko recently posted…Aksi Hasya Dengan Lagu NestleMy Profile

    Reply
  5. anuar says

    19 September 2013 at 10:28 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info. . Semoga pada tahun ini, ramai rakyat Malaysia yang menyertai ibadah Qurban di Kemboja. .
    anuar recently posted…Aktiviti Menarik pada 22 dan 23 September 2013…My Profile

    Reply
  6. akubiomed says

    20 September 2013 at 2:27 am

    Mudahnya hendak melaksanakan ibadah.
    akubiomed recently posted…Whos Amung Us monitor trafik blog real time di browserMy Profile

    Reply
  7. SULIANA says

    20 September 2013 at 8:02 am

    su pun igt nak join satu bhgn tahun ni. my first time 🙂
    SULIANA recently posted…situasi biasa waktu naik train time balikMy Profile

    Reply
  8. jaakechik says

    20 September 2013 at 4:53 pm

    ibadah qurban kemboja ni rege dia lagi murah dari kat tempat kita ni kan. boleh save bajet.. hihihi…kalo kat kelate ni, 1 bahagian dah RM400-RM480.
    jaakechik recently posted…Cara-Cara Nak Buat Roti Jala Lembut / GebuMy Profile

    Reply
  9. nurmisnan says

    21 September 2013 at 1:36 am

    Sgt mudah nak buat korban.
    Mudah2an rezeki dan amalan kita di terima Allah
    nurmisnan recently posted…Korban Aqiqah di Kemboja bersama eQurbanMy Profile

    Reply
  10. Rina says

    21 September 2013 at 8:51 am

    Equrban memudahkan kita untuk melakukan ibadah kurban&aqiqah, luar biasa ya mereka ni
    Semoga banyak yang melakukan qurban&aqiqah melalui mereka…
    Rina recently posted…PHP Script To Detect And Display Visitor’s Country Using His IP Address Location LookupMy Profile

    Reply
  11. myfirdz says

    22 September 2013 at 6:40 am

    Sy buat dgn ezqurban utk aqiqah ank pertama.. mmg mudah dan cepat.

    Reply

Trackbacks

  1. Segmen - Saya Mahu Ditegur - Eyriqazz.com says:
    20 September 2013 at 9:48 pm

    […] P.s : Jom Tunaikan Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja […]

    Reply
  2. Indahnya bila MEMBERI says:
    26 September 2013 at 10:20 am

    […] 6. eyriqazz.com […]

    Reply
  3. Tempahan Qurban Secara Online | Eyriqazz.com says:
    5 October 2013 at 3:54 pm

    […] Malaysia yang rasanya lebih kurang Rm300+ untuk satu bahagian. Saya memilih untuk melakukan Ibadah Qurban di Kemboja kerana saya merasakan Umat Islam di sana lebih memerlukan daging qurban ini, iaitu salah satu […]

    Reply
  4. Rahsia Murah Rezeki | Eyriqazz.com says:
    7 October 2013 at 10:27 pm

    […] Alhamdulillah, dapat tunaikan niat tersebut dengan melakukan Ibadah Qurban dengan membuat Tempahan Qurban Secara Online di Kemboja […]

    Reply

Leave a Reply to nurmisnan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Eyriqazz di Facebook

Artikel Terkini

  • Apa Itu MRTA/MRTT
  • Anak Muda Perlu Tahu 5C Ini Supaya Pembiayaan Perumahan Senang Lulus
  • Apa Effect Base Rate Naik?
  • Pengalaman dengan Pemandu Grab
  • Analisa Kewangan Bisnes Owner (AKBO) 2017
  • Pengalaman Bekam Darah di Pusat Bekam An-Nusrah, Wangsa Maju
  • Kenapa Susah Nak Kurus?

Copyright © 2018 · Eyriqazz Dot Com on Genesis Framework · WordPress · Log in