Promosi Mahu, Bayar Tak Mahu

IMG_1919

Rasanya ini tawaran ke 10+ restaurant review yang terpaksa saya tolak. Reason saya, ianya tidak memberikan ‘win-win” situation buat saya. Lokasinya yang lebih kurang 30km dari rumah saya dan “Opportunity Cost” yang lain membuatkan saya menolak. Kalau saya bujang , mungkin saya terima. Kalau saya masih berjinak-jinak dalam dunia blog, mungkin saya terima. Kalau saya kenal rapat pemilik restoran ini, mungkin juga saya terima. For me, untuk satu restoran review, ianya memerlukan minimum 3-5 jam dari masa saya untuk pergi dan mencuba di restoran dan menulis selepas itu. Better saya spend masa ini dengan bersama anak-anak yang semakin membesar.

Zaman sekolah menengah, kami pengawas pernah berniaga burger. 2 jam berniaga, kami mampu buat untung around “RM100-RM300″ semalam. Dalam berbisnes tak kira perniagaan makanan or etc, kenalah berani keluarkan modal untuk mempromosikan restoran/kedai makan.

Lain pula satu e-mail lain yang saya terima :

” Kami juga maklum sekiranya pihak tuan akan mengenakan bayaran untuk membuat review tentang restoran kami. Dan kami bersedia dan berbesar hati agar dapat membuat perbincangan selanjutnya dengan pihak tuan.”

Ini barula namanya “Win-Win”. Sama-sama merasa dan mendapat faedahnya.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Promosi Mahu, Bayar Tak Mahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.