Pramugari MAS

Sudah lama tidak naik MAS (Malaysia Airlines). Rasanya kali terakhir terbang bersama MAS pasa tahun 2011 ketika Percutian ke Kota Kinabalu Sabah. Weekend lepas, sempat terbang bersama MAS untuk Sponsored Trip ke Pulau Langkawi yang ditaja oleh LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi). Kalau terbang, tanpa pramugari MAS tidak sah la kan?

Gambar di atas ketika penerbangan tahun 2011. Kali ini, untuk penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit, tiada lagi penerangan secara personal dari Pramugari MAS. Hanya ditayangkan skrin dan ditunjukkan langkah-langkah keselamatan. Mungkin kerana penerbangan dekat atau salah satu “Cost Cutting ” measure dari Malaysia Airlines untuk mengurangkan kos pekerja. Yang tu kena tanya Pekerja MAS ie. Food Blogger Popular ini .

Pramugari MAS nampak agak mesra pelanggan. Kawan saya Cipot minta kacang 2 bungkus extra, diberikan satu paket terus. Hehehe, bertuah ko Cipot. Minta air extra diberikan air extra. Minta bantal dan selimut turut diberikan dengan senyuman. Kalau last time kena tegur dengar Pramugari AirAsia , kali ini pun kena tegur dengan Pramugari MAS. Dia tegur suruh Offkan handset. Hahaha,buat-buat tak faham pula. Keh3…

P.s : Kalau diserve oleh Pramugara MAS cum Artis Popular best juga kan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

18 thoughts on “Pramugari MAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.