Pantun Hari Malaysia

Hari Malaysia kunjung tiba
50 Tahun sama usia Abang Ketak kita
Cuti umum buat rakyat Malaysia
Pantun ini dedikasi dari saya

Malaysia Perjuangan Belum Selesai
Rakyat Malaysia apakah kejayaan yang sudah dicapai?
Hidup masih tergapai-gapai
Inflasi, kos sara hidup, kadar jenayah adakah kita masih dibuai?

Bangsa Melayu Masih Ditakuk Lama
PHD dibawa ke mana-mana
Bangsa lain mengorak langkah empayar dibina
Kita pula masih rasa selesa dan mengharap belas ehsan kerajaan sahaja

Harga barang naik sini dan sana
Alah, 20 sen pun nak berkira?
Bukan berkira bukan meminta
Viral effectnya, ramai peniaga mengambil kesempatan sama

Hari Malaysia seribu makna
Rajinkan usaha memajukan diri dan keluarga
Jika masih berfikiran cara lama
Kita bakal ditinggal di belakang sana

Sungguh rajin melihat bangsa asing mencari rezeki di bumi merdeka
Bangsa sendiri bertelagah sini dan sana
Kroni sini , kroni sana
Kenapa tidak dikongsi bersama?

2020 bakal menjelma
Adakah hanya menjadi cita-cita
Sama-sama kita berusaha
Bumi merdeka rezeki menanti bagi yang berusaha

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

4 thoughts on “Pantun Hari Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.