Pantang Larang Personal Loan dan Kredit Kad

Pantang Larang Pinjaman Peribadi
Inilah e-mail balas yang saya terima dari rakan pembaca berkenaan masalahnya seperti di entri Soalan Tentang Loan Bank Rakyat . Tertarik dengan kata-kata terakhirnya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.

Berkongsi pandangan sepanjang menjadi pegawai bank lebih kurang 8 tahun, pantang larang berkenaan personal loan dan kredit kad  :

1) Jangan jadi pemimjam/guarantor untuk orang lain. Sedangkan adik beradik boleh bergaduh, inikan pula kawan-kawan.
2) Jangan pinjamkan kad kredit kepada orang tersayang walaupun tunang/boyfriend. Sedangkan suami isteri boleh bercerai, inikan pula perhubungan yang belum sah lagi.
3) Jangan apply Kad Kredit jika tidak pandai menguruskan kewangan. Personally, ‘agak sukar” menahan temptation penggunaan kredit kad. Ramai yang sudah terjerat.


Info menarik –> Tips Mudah Lulus Loan Rumah . Tips ini boleh juga diaplikasikan untuk Loan Kereta dan Personal Loan.

4) Jangan Mudah Apply Pinjaman Peribadi/Kredit Kad sebelum menilai kedudukan kewangan di masa depan (perkahwinan, anak-anak, kenaikan gaji, inflasi, etc)
5) Jangan Biarkan Masalah Berlarutan sehingga ianya sukar untuk diselesaikan. Carilah jalan penyelesaian sebelum terlambat i.e. Jumpa AKPK , berunding dengan bank dan dapatkan nasihat orang yang lebih berpengalaman.
6) Jangan Mudah Ikut Hawa Nafsu. If You Can’t Afford It, Don’t Bother to Apply Personal Loan/Credit Card.

Bagi yang betul-betul serius untuk settlekan hutang kredit kad dengan lebih pantas, saya rekomenkan untuk dapatkan –> Ebook Langsai Hutang Kredit Kad

P.s : Any tambahan rakan-rakan?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

26 thoughts on “Pantang Larang Personal Loan dan Kredit Kad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.