≡ Menu

Man, loan akak tidak lulus. Berbulan-bulan akak menanti jawapan dari Bank Rakyat berkenaan status Pinjaman Rumah Kos Rendah yang akak nak beli tu. Kenapa ya loan rumah akak tu tidak diluluskan?. Bukannya mahal pun, tak sampai RM50,000.

* Info - 40 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

Kesian juga bila mendengar luahan hati akak sepupu, pinjaman rumahnya direject selepas 2-3 bulan hantar borang permohonan. Umm, inilah dilema pembeli rumah kos rendah. Pandangan peribadi, masa yang diambil untuk proses loan dalam 2-3 bulan itu adalah tempoh yang terlalu lama. Normally, berdasarkan pengalaman ianya mengambil masa lebih kurang 1 minggu ke 1 bulan. Rasanya mungkin pegawai tersebut malas nak proses loan tersebut dan memberikan alasan yang kurang memuaskan apabila loan tidak approve i.e. gaji rendah dan tiada rekod CCRIS etc.

Sedikit Tips untuk Lulus Pinjaman Rumah :
1) Pastikan rekod pinjaman yang bersih. CCRIS misalnya, payment kredit kad, personal loan etc, cantik…
2) Kasi dokumen-dokumen sokongan walaupun tidak diminta i.e. buku ASB (bagi menunjukkan yang kita ni ada duit), EPF Statement, bukti side income i.e. income dengan blog/part time, dan pelbagai lagi.
3) Bagi rumah kos rendah, boleh praktikkan Pledge FD Deposit seperti yang dipraktikkan oleh rakan blogger –> Langkah Untuk Memastikan Loan Anda Approve
4) Praktikan Tips yang dikongsikan di Ebook “Tips Power Lulus Loan Rumah dengan Mudah “. KLIK SINI untuk membeli secara online

P.s : Yup, bank memang semakin strict untuk approvekan pinjaman rumah kini. Perlengkapkan ilmu sebelum membuat pinjaman perumahan.



style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-pub-6619684076142128"
data-ad-slot="9856135083">



Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

View all contributions by

  • hafiz 17 September 2013, 11:44 am

    Memang ketat bank skrg nak bagi pinjam, kwn nak buat personal loan pun tak lepas…
    hafiz recently posted…Racing nutsMy Profile

    Reply
  • Hairul Azni 17 September 2013, 12:19 pm

    Elok baca Tips Power Lulus Loan Rumah dengan Mudah tu dulu sebelum berniat nak buat loan..
    Hairul Azni recently posted…Komisen Ke Duapuluh Satu Dari Program Job Di RumahMy Profile

    Reply
  • myvitrd 17 September 2013, 12:28 pm

    kalau takda rekod dalam criss pun susah nak lulus ke bro.. wife pernah cuba apply satu loan tapi alasan kena reject sebab takda rekod.. aku kurang faham pasal ni.. kalau takda yang nak bagi loan.. macam mana nak ada rekod.. boleh bagi pencerahan sikit tak.. hehehe
    myvitrd recently posted…Dulu-dulu Kami Menderita Sekarang AlhamdulilahMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 17 September 2013, 12:49 pm

      Haah, bank memang agak keberatan kasi loan utk sesiapa yang tiada CCRIS rekod. Tak nampak history dan susah bagi diorang nak tengok pelanggan ini boleh membayar or tidak..Suggestion, maybe boleh try amik kredit kad dan guna sikit2 je sebulan..and buat prompt payment…Satu lagi cara yang dipraktikkan, buat ASB Loan..tak perlu byk2..Bawah Rm10k pun jadi…

      Reply
      • myvitrd 17 September 2013, 3:48 pm

        ooo mcm tu ye bro.. rasanya kredit kad tu bahaya.. kalau ABS loan aku nak cuba praktiklah nanti.. tq atas advice tu bro.. senang cerita kalau dah biasa hutang bank pun senang nak bagi pinjam.. hehehe
        myvitrd recently posted…Dulu-dulu Kami Menderita Sekarang AlhamdulilahMy Profile

        Reply
  • Mohd Shubhi 17 September 2013, 12:37 pm

    Banyak dengar kes pinjaman tak lulus sebab tak ada rekod pinjaman. Ertinya kena buat juga pinjaman apa-apa yang murah untuk buat rekod yang cantik.
    Mohd Shubhi recently posted…Haq dalam kehidupanMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 17 September 2013, 12:46 pm

      Yup…Bank agak hesitant untuk yang tiada rekod. Adik ipar sendiri pernah kena. Last2,terpaksa dia buat loan rumah guna dua nama dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari biasa…

      Reply
  • Mas PuTRi 17 September 2013, 12:48 pm

    Loan tak lulus sebab KOMITMEN dah exceed 60% daripada gross pay. Lagi satu loan sedia ada tak cantik pembayarannya.

    Pengalaman saya sendiri, saya dah ada macam2 loan tapi alhamdulillah second submission untuk housing loan saya lepas even ada sedikit tunggakan pada kad kredit. As long as commitment not exceeding 60% from gross monthly pay and you are good pay master, that loan application should be approved what?
    Mas PuTRi recently posted…Kaya Itu Perlu Tetapi Bukan Pengukur Kehidupan…. Yang Penting, MEMORI Untuk Dikenang dan Diceritakan =DMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 17 September 2013, 2:03 pm

      Kalau kredit kad tu cantik, lebih cantik pegawai nak approvekan loan tersebut….Debt Service ratio(DSR), bergantung kepada bank dan kriteria-kriteria mereka..

      Reply
  • JunAina 17 September 2013, 2:11 pm

    Ada kawan ni gaji dkt 10k tapi bila nak buat loan tak lepas2 sebab tak ada rekos CCRIS utk 7 tahun kebelakangan ni. Beli kereta beli rumah semua nama isteri. Saya just nasihat dia apply kad kredit tapi guna terus bayar tapi saya bukan penasihat keewangan cuma bercakap dari pengalaman org lain.
    JunAina recently posted…Redza Dalam PaksaMy Profile

    Reply
  • akubiomed 17 September 2013, 2:11 pm

    Syukur sudah miliki rumah sendiri. Bolehlah lurus-lurus kaki dan tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.
    akubiomed recently posted…Masihkah ada buah durian untukku.My Profile

    Reply
  • Hazmin Hamudin 17 September 2013, 2:26 pm

    Susah jugak. Kalau buat loan kereta tu kira dah berekod la kan bro?
    Hazmin Hamudin recently posted…Jangan Nak Monday Blues SangatMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 17 September 2013, 3:00 pm

      Haah..Dah ada dalam CCRIS tapi dalam masa sama dah termasuk dalam Debt Service ratio juga instalment kereta itu…

      Reply
  • drsir 17 September 2013, 3:29 pm

    nasib baik PTPTN tak masuk CCRIS. kalau tak lagi susah nak mohon pinjaman. hehe.
    drsir recently posted…Menginap di Rose Cottage Taman UniversitiMy Profile

    Reply
  • suriaamanda 17 September 2013, 4:15 pm

    alhamdulillah SA masa nak buat pinjaman dulu x sampai pun sebulan dah lulus..seangkan SA ada loan lain jugak…ni dah ok dah..hadap satu loan ni jer..

    Reply
  • Khairil Mazri 17 September 2013, 6:45 pm

    plan nak beli rumah nanti, dah kena reject sebab masalah tu masalah ini.
    Khairil Mazri recently posted…Khasiat GaramMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 17 September 2013, 7:21 pm

      Kena lengkapkan ilmu tu bro sebelum buat pinjaman..

      Reply
  • papa mifz 17 September 2013, 7:40 pm

    rumah makin naik harga , makin takut tengok harga rumah-rumah sekarang nih terutamanya yang terletak di bandar-bandar besar…
    papa mifz recently posted…Menangi Ray Ban Aviator Solid Gold bernilai RM14,000.00…!!!My Profile

    Reply
  • kak ina kl 17 September 2013, 8:34 pm

    syukur alhamdulliah baru beli umah baru loan lulus..mungkin pembayaran keta dan kredit hb cantik kot.
    kak ina kl recently posted…eQurban.com-Ibadah Korban Secara OnlineMy Profile

    Reply
  • hafizmd 17 September 2013, 8:44 pm

    Bagus tips ni. Sbb byk juga dgr cerita pembeli terpaksa tangguh utk teruskan urusan beli rumah atas sbb loan tak lulus…
    hafizmd recently posted…Cara Nak Dapatkan Badan Macam Bruce Lee?My Profile

    Reply
  • anuar 17 September 2013, 9:05 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info. . Semoga lepas ni lebih ramai orang berjaya mendapatkan kelulusan loan rumah dengan cepat. .
    anuar recently posted…Alexa Rank Terbaik Blog Coretan Anuar?My Profile

    Reply
  • titan 18 September 2013, 5:18 pm

    rekod hutang mesti mahu cantek maa..
    titan recently posted…Bayaran Komisen ke 6 dari Jomniaga.My Profile

    Reply
    • eyriqazz 18 September 2013, 5:31 pm

      Hutang ccris gua belum habis bayarkan lagi utk isteri..hehehehe

      Reply
  • Aqusha Mitchi 11 November 2013, 12:08 pm

    ANOTHER VALUABLE INFO. THANKS.
    Aqusha Mitchi recently posted…MONEY, HAPPINESS AND LIFEMy Profile

    Reply
  • wanie 1 June 2014, 8:26 pm

    Sy ada loan kereta rm 331 loan asb rhb rm309.45
    Loan asb mybank rm388..sya mahu bt loan rumah
    50k..agak2 dpt tak??

    Reply
  • profhariz 18 September 2014, 11:42 pm

    Saya confirm tak lepas. Mahu atau tidak kena cuba cari kereta dulu ke? Kad Kredit mmg payah dan kalau boleh taknak pakai.
    profhariz recently posted…Lihat Aksi Silap Mata Lebih Dekat di Magic Fest PutrajayaMy Profile

    Reply
    • eyriqazz 18 September 2014, 11:45 pm

      Jangan bro…sebaik2nya buat loan rumah dulu sebelum loan kereta..bila dah bayar kereta, DSR akan meningkat mendadak…

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

about

Dikenali dengan panggilan Eyriqazz di alam maya, Seorang Pegawai Bank, Suami kepada Guru dan Bapa kepada 3 orang cahaya mata. More About Eyriqazz »