Jurang Ekonomi Bumiputra

IMG_1995

Inilah gambar Kertas Ballot yang sempat saya ambil untuk Projek/Pembelian Apartment Seri Mutiara Setia Alam dari SP Setia . Secara peribadi, apartment ini satu unit yang agak bagus dan berjaya menarik ramai potential buyer. Semasa beratur, saya perhatikan boleh dikira bumiputra jika dibandingkan dengan kaum Cina misalnya. Begitu jauh jurang ekonomi antara kaum bumiputra dan non-bumi.

Di manakah silapnya? Adakah kaum sendiri sudah begitu selesa dengan ekonomi sendiri di bumi sendiri? Rasanya tidak, jika tidak tentu tidak ramai yang bising bila harga minyak dinaikkan. Ataupun faktor kaum sendiri yang kurang rajin berusaha perbaiki ekonomi sendiri? Kurang berminat dengan pelaburan hartanah? Saya tiada jawapannya, cuma yang pasti, bumiputra terlalu banyak bergantung kepada kerajaan i.e. dari peluang pekerjaan, peluang perniagaan, kroni-kroni an, suap suapan, dan pelbagai lagi. Kerajaan pula lebih banyak memberikan “Ikan” dari memberikan “Joran dan Cara Memancing/Tangkap Ikan yang betul”.

“Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime”

Jom Baca Pandangan Rakan Bloggers :

1) Entri Terbuka Buat Bangsaku – Abang Ensem, Pelabur Hartanah Berjaya-
2) Jurang Ekonomi Bumiputra dan Bukan Bumiputra – MrJocko , Profesional Financial Consultant Berjaya –

P.s : Apa pula pandangan anda? Kongsi-kongsikan…

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

61 thoughts on “Jurang Ekonomi Bumiputra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.