Di Mana Anak-Anak Mereka?

IMG_1871

Lokasi : Salah satu tempat makan di KL

Scenario 1 – Seorang makcik tua datang ke meja kami. Adik, beli keropok? Murahje, RM10 sebungkus. Maaf Makcik, banyak lagi keropok di rumah. Plus, biasanya saya beli keropok di kampung size ni dalam RM5-7 je. Agak pushy juga dia memujuk. Nampak kasihan tapi saya tidak cukup yakin yang dia genuine.
Makcik : Beli la anak. Kesian makcik. Tak beli banyak pun, beli la satu.
* Saya tidak membeli…

Scenario  2 – Datang seorang makcik tua lagi. Kali ini dia menjual kerepek pula…Maaf makcik, kerepek yang saya beli dengan makcik bulan lepas pun, tak buka lagi…

Scenario 3 – Datang seorang makcik tua lagi. Kali ini nampak macam warganegara asing. Menjual tisu. Macam memaksa isteri untuk membeli. Letakkan tisu atas meja. Maaf makcik, kami taknak.
* Tak beli juga.

Nampak kesian makcik2 tua yang semakin ramai “meminta sedekah” sebegini. Di manakah anak-anak mereka? Pedulikah mereka dengan nasib-nasib ibu mereka . Atau ini angkara sindiket mempergunakan ‘orang-orang’ tua menjual kerepek,keropok, tisu dan meminta simpati?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

16 thoughts on “Di Mana Anak-Anak Mereka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.