Cadangan buat Malaysia Airlines (MAS)

Kami menaiki Malaysia Airlines (MAS) ketika Bloggers FAM Trip ke Pulau Langkawi dari 1-3 September 2013 yang lepas. Saya kongsikan pengalaman saya menaiki MAS dan sedikit cadangan buat MAS sebagai seorang blogger/pengguna.

Flight kami berlepas dari KLIA pukul 8.30 pagi, hari Ahad 1 September 2013. Sesampai di Pintu Pelepasan, saya perhatikan kebanyakan yang bakal menaiki kapalterbang MAS ke Pulau Langkawi ini adalah ‘foreigner”. Maybe kerana purchasing power mereka yang lebih tinggi dan waktu ini bukan waktu peak i..e Cuti Sekolah, public holiday, etc.

Pramugara MAS tengah bagi air untuk perjalanan lebih kurang 45 minit ini. Overall, Pramugari MAS agak mesra pelanggan cuma saya perhatikan susah sikit nak senyum. Hehehe, or saya seorang je yang nampak camtu?

Rakan bloggers dan Media yang turut join sama untuk trip kali ini, Nisakay.Com , Kak Edriana (DJ Radio UPM) dan Tiachad.com . Siap ada bantal tu.

Sayangkan? Boleh katakan flight yang saya naiki kali ini banyak yang kosong. Tak sampai separuh seat rasanya. Mostly foreigner dan boleh dikira dengan jari rakyat tempatan yang terbang bersama kami kali ini.

View dari belakang. Lengangje. Sayang, tempat menarik seperti Pulau Langkawi ini kalau seat dapat dipenuhkan, tentu lebih meriah.

OK, ini antara cadangan saya buat Malaysia Airlines bagi menggalakkan Industri Pelancongan (Tourism) di dalam Malaysia. Better promote Cuti-Cuti Malaysia terlebih dahulu kan?

1) Harga
– Faktor paling penting especially buat rakyat tempatan. Sekarang MAS bukan sekadar bersaing dengan AirAsia tapi juga Malindo Air. In term of harga, rasanya MAS adalah yang paling tinggi. Kajian rasanya perlu dilakukan oleh pihak MAS bagi mengkaji dan review kembali kadar harga penerbangan especially time “Off Peak Season”. Better kadar murah dan ramai yang naik dari mahal tapi tak sampai separuh yang naik kan? Boleh belajar dari AirAsia macam mana mereka menarik pengguna untuk menggunakan/memilih penerbangan mereka yang jauh lebih murah.


2) Makanan
– Terus terang saya katakan, kualiti makanan ketika menaiki Malaysia Airlines tidak menepati citarasa saya. Tidak sedap dan just OK i.e. ketika Pengalaman Terbang bersama MAS ke Kota Kinabalu beberapa tahun yang lepas. Saya bandingkan dengan AirAsia, walaupun kena bayar harga makanan/add on, memang sedap dan worth it membayarnya. Kualiti makanan perlu dipertingkatkan bagi menarik pelanggan.

3) Joint Venture dengan Travel Agent/Hotel
– Time Off Peak misalnya, kalau dapat joint venture dengan Hotel terkemuka, tentu lebih ramai yang berminat untuk terbang bersama MAS. Of course, in return pengguna mengharapkan harga yang berpatutan dan bersesuaian. Kalau puas hati, next time tentu mereka singgah lagi di hotel tersebut dan menggunakan lagi perkhidmatan yang ditawarkan. Persaingan yang sihat dan “Add On” yang menguntungkan pengguna semestinya dinanti-nanti. AirAsia sudah jauh ke hadapan dalam part ini i.e. menawarkan Tune Hotel + tiket penerbangan. Semakin jauh ditinggalkan dan perlukah MAS “dibail out” kan sentiasa oleh kerajaan?

Nilai saham MAS pada 6 September 2013 adalah RM0.32, manakala AirAsia pula pada harga RM2.50. Dari sini pun sudah dapat buat perbandingan betapa jauhnya MAS ditinggalkan oleh AirAsia di mata pelabur?. Ini baru dibandingkan di dalam Malaysia, belum lagi dibandingkan dengan syarikat penerbangan luar Malaysia i.e. Singapore Airlines yang setiap tahun mencatat keuntungan jutaan ringgit manakala MAS yang baru mengorak langkah ke arah keuntungan ?

 P.s : MAS, let make “Everyone Can Fly Too”

Anyway, Jika ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

54 thoughts on “Cadangan buat Malaysia Airlines (MAS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.