Susahnya Nak Kahwin

Tertarik dengan Entri Ariffshah yang bertajuk Mitos Hantaran Puluhan Ribu . Yup, walaupun hantaran kini mostly takdela puluhan ribu, namun boleh dikatakan kos perkahwinan melayu mencecah puluhan ribu. Minimum rasanya sekarang kalau nak kahwin tiada RM30 ribu, memang susahla nak kahwin.


Saya pernah usulkan pendapat saya di entri Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin . Tertarik dengan komen terbaru dari Blogger Paling Kacak Malaysia :

” Senang gua cakap..dalam keadaan sekarang..memang kebanyakkan lelaki takde duit nak kahwin. Nak nikah..lelaki takde masalah. Gua berani cakap sebab gua lelaki dan ramai orang lelaki faham hal ni. Nak sara anak orang lepas kahwin pun aku rasa takde masalah. Rukun dan syarat nak kahwin..ORANG LELAKI MEMANG TAKDE MASALAH 100%.

CUMA..Bab KENDURI KAHWIN tu je yang perit. Sampai ada yang berhutang bank..tapi berpuluh tahun baru la habis bayar duitnya..lom campur hutang kereta dan PTPTN. Nasib gua dah habis ptptn dan duit kereta pun dalam 3-4 tahun ni leh habis bayar kalau ikut jadualnya.

Orang perempuan..kebanyakkan tak faham. Cakap boleh bincang bab duit ke apa..ok. Itu kebanyakkannya mengarut aje. Lelaki mana yang sanggup kahwin..tapi kongsi duit dengan bakal bini untuk buat hantaran? Nak bagi hantaran tu..100% hak suami. Dia nak bagi apa..terima aje. Senaskah al-quran ke..telekung ke..jam tangan ke apa ke..2 juta ke.. yang penting, mas kahwin. Itu kena ikut la yang setiap negeri tentukan.

Orang perempuan nak kata lelaki ego? Ya. KAMI ego. MOstly lelaki memang ego. Tapi ego kami bertempat. Bukan sahaja nak berlagak tak tentu pasal.

Dan kena fikir pasal mak bapak. Ada mak bapak mintak hantaran dalam 10k ke atas tu..bukan pasal apa..mostly nak cover duit kenduri. Aku faham dan kebanyakkan orang faham. Cuma kekadang, fikir gak pihak lelaki..kalau kerja gaji bawah 2k..celah mana nak kumpul duit 10-20k dalam masa 3-5 tahun?? Ada orang mampu buat. Tapi jumlahnya sedikit. Yang tak mampu tu? Berjuta gak aku rasa yang sengkek walaupun dah kerja 5-10 tahun..

Dan..mak bapak TAKDE HAK sebenarnya nak mintak atau pakai duit hantaran melainkan Puan Bini tu bagi keizinan. Takde sape leh kacau duit tu hantaran sebenarnya. Hak mutlak puan bini. Dia nak joli apa, lantak lah. Duit dia. Tapi..ramai mak bapak dah pandai swing dah sekarang..pakat awal-awal dengan anak..duit hantaran, guna untuk kenduri..maklumlah..mak bapak takde duit nak buat kenduri..lagi-lagi nak gak wat yang gempak-gempak..so..orang lelaki gak yang sengsara..

Mostly..bagi kebanyakkan orang..nak kahwin..mahu cecah 10k dan ke atas bagi yang dapat berjimat..bagi yang tak dapat berjimat..dan terpaksa ikut kehendak bakal bini dan bakal mertua termasuklah kehendak mak bapak sendiri..20k ke atas tu dah cukup pasti..

Gua cakap bukan atas pengalaman gua sendiri. Tapi atas pengalaman jadi planner kahwin member-member gua, sedara gua dan kakak gua sendiri. Kahwin akak gua hari itu..kalau tak manage duit elok-elok..boleh bazir banyak benda. Dalam kes kakak gua..duit hantaran yang kakak gua dapat..bapak gua tak sentuh. Tapi kenduri belah akak gua..mak abah gua sponsor 100%. So..duit hantaran tu..memang akak gua joli la. Tak tahu dia beli apa. haha..tapi abang ipar gua mampu dan takde masalah. So, On ajelah..

Last..orang lelaki..pepandailah cari bini dan keluarga mereka yang jenis tak berkira bab hantaran walaupun gua tahu..ramai yang berkira sebenarnya. Haha..bakal-bakal bini gua memang gua tahu semua jenis berkira punya..

* Umm, Kalau dah hantaran pun tinggi, jauh sekali la nak merasa Percutian di Luar Negara dengan Syarikat Penerbangan yang ternama seperti INI kan? In your dream, in your dream…

P.s : Apa pandangan anda? Senangke nak kahwin kini? Saya dedicatekan Pantun Kahwin Oh Kahwin ini bagi yang belum berkahwin

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Susahnya Nak Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.