Review Saji.my

Saji my

Tugasan kali ini, saya akan review laman web Saji.My . Pandangan saya tentang laman web saji.my ini :

1) First Impression 
–  Nama yang catchy, pendek, mudah diingat dan disebut. Template blog yang simple. Loading pun nampak macam pantas.

2) Template Blog
* Header yang kurang menyerlah dengan gambar Peta dari Google. Bagi saya, blog pasal tempat makan menarik, lebih menggiurkan jika diletakkan gambar makanan. Contoh seperti entri 5 Food Blogger Pilihan Saya
* Pilihan warna template blog yang saya rasakan kurang menyerlah dan nampak agak suram. First time singgah, lebih teruja untuk Klik X dari terus membaca entry seterusnya.

3) Tentang Kami 
” Saji.my adalah blog/portal yang berkongsi info tempat makan menarik di Malaysia. Meneroka tempat makan menarik dan berkongsi dengan anda tips yang terbaik mengenai tempat makan seluruh Malaysia.” Secara peribadi, saya merasakan Saji.my masih gagal untuk mencapai apa yang diperkatakan.

4) Post Terkini
– Main page, dari post terkini, agak sukar untuk melihat tarikh post tersebut. Adakah baru diupdate atau sudah diupdatekan lebih kurang beberapa bulan yang lepas?. Tiada tarikh menyukarkan pembaca adakah entri ini masih relevan?

5) Gaya Penulisan
– Secara peribadi, entri yang ditulis saya rasakan belum cukup menyengat. Gambar-gambar juga nampak agak belum cukup besar dan menarik untuk saya terus katakan “Owwh, saya mesti singgah tempat ini”. Dalam blog makanan, faktor gambar yang menggiurkan memang menjadi daya penarik utama bagi pembaca.

6) Search di Ruangan Atas Sekali
– Saya mencuba beberapa kali untuk search i.e. dengan keyword ” Nasi Lemak, Ikan Bakar, Kuala Lumpur” namun yang keluar hanyalah ruangan Archives dan Categories.

7) Dropdown List By Negeri
– Rasanya ianya tidak berfungsi kerana apa jua negeri yang dipilih, hasilnya tetap serupa dan gagal untuk sortkan entri by negeri tersebut. Satu dropdown yang menarik tapi agak failed.

8) Jadi Reviewer?
– Sekali imbas, apa yang ditawarkan untuk jadi reviewer belum cukup menarik hati. Apakah kelebihan jika jadi reviewer? Adakah ada Insentif kewangan yang bakal diberikan or Win-win situation?

9) Kurang Promosi
– Ini pertama kali saya mendengar tentang laman web Saji.My apabila diminta oleh pemiliknya untuk review laman web ini. Melihat kepada Popular Postnya dan jumlah viewer, rasanya ianya belum cukup promosi dan bilangan hits yang belum cukup untuk menarik pembaca di Malaysia.

10) Overall Rating
– Selepas surfing lebih kurang 1 jam laman web ini, secara peribadi saya memberikan rating 5/10. Masih banyak yang boleh diperbaiki.

11) Cadangan
– Revamp template blog. Saya cadangkan menggunakan perkhidmatan Eizil Network yang memang pandai revampkan template blog dan buat laman web lebih “SEO friendly”
– Tukar header.
– Gaya penulisan lebih santai dan menarik hati. Gambar perlu diperbaiki i.e. lebih diserlahkan gambar makanan tersebut. For me, saya suka gambar makanan yang diambil oleh blog TiffinBiru, dan Hazman Fadzil.
– Lebihkan Promosi. Kumpulkan beberapa Food Bloggers terkenal untuk turut menyumbang menjadi penulis jemputan. Of course, kenalah laburkan wang untuk memberikan “Win-Win” situation for both parties.
–  Kaji semula apa yang pembaca mahukan. Jika saya sebagai seorang pembaca, saya sukakan review yang menarik, gambar yang menarik, range harga, Status Halal or tidak, testimoni dari pembaca/bloggers lain boleh dilinkkan sekali di entri, dan full info pasal restoran/kedai makan tersebut i.e. Alamat/No. telefon.

Overall, maafkan saya jika review kali ini lebih banyak feedback negatif dari positif yang diberikan. Pandangan dan review hanyalah dari pandangan peribadi.

P.s : Apa pula pandangan anda tentang laman web Saji.My ini?

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

17 thoughts on “Review Saji.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.