Raya Zaman Sekarang

Kecil-kecil dulu, teringat lagi. Time raya, time dinanti-nanti. Time mengutip duit raya. Berkunjung dari satu rumah ke rumah yang lain tanpa segan silu. Masuk, minum air, makan kuih, berborak-borak dengan orang di rumah yang dikunjungi. Kadang-kadang sampai kembung perut minum air banyak sangat. Seronok berkunjung dan beraya mengutip duit raya.

Namun kini, situasi sebegitu sukar lagi dilihat. Kalau ada kanak-kanak yang datang berkunjung ke rumah pun, terus straight to the point. “Kami datang nak beraya. Kami taknak makan. Taknak minum. Dapat duit raya cukupla”. Ok la lagi, ada pula part kanak-kanak yang langsung dah tak kisah pasal nak berkunjung kutip duit raya. Balik kampung misalnya :

Kalau dulu, rumah nenek mesti riuh rendah dengan suara kanak-kanak bermain. Tapi kali ini, time beraya makin senyap. Masing-masing dengan gadget masing-masing. Teknologipun ada keburukannya. Kusyuk bermain games di smartphone/gadget sampai rakan-rakan di sebelah pun tidak dipedulikan. Umm, nak kasi kanak-kanak diam bermain gadget, hasilnya mereka menjadi “Pendiam yang lebih lama”.

# Peluang Beraya Bersama Artis Astro buat 3 Pemenang –> KLIK SINI

Itulah perubahan. Raya Zaman Sekarang sudah tidak sama dengan raya zaman dulu.

Eyriqazz merupakan seorang blogger yang telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang penulisan blog ini, beliau gemar berkongsi mengenai rumah tangga dan juga gaya hidup

30 thoughts on “Raya Zaman Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.